Ingin Beli Silver US Eagle Dengan Paypal ?
Ini kali pertama naim dapat order nak beli silver melalui PayPal. Naim tak kisah asalkan dipersetujui. Jadi malam ini , apa yang naim nak buat ialah bungkuskan sekeping Syiling Silver US Eagle ni baik-baik. Tak nak jadi macam kes sebelumnya.
Sebenarnya ramai yang menggunakan khidmta POS LAJU untuk jual beli barangan online sekarang. Jual beli emas pun, ada yang buat menggunakan perkhidmatan pos ni. Hehehe... Kiranya KAMIKAZE le. Bukan apa, barangan berharga macam emas tu biasanya ada insurans yang perlu dibayar untuk mengelak dari hilang. Bayangkan si posmen tu tahu tentang ada emas dalam sampul yang dia bawa. Keh keh keh : ) Boleh fikir sendiri le betapa bahayanya.
Kira-Kira Untuk Menjual Silver Coin di eBay

Alhamdulillah...Terpacul satu lagi idea bernas dalam kepala otak naim ni. Naim fikir nak mula secara kecil-kecilan menjual silver coin di Malaysia. Memang pasaran silver ( perak) kurang memberansangkan di Malaysia. Entah apa sebabnya. Sedangkan silver ni antara metal yang menarik dan diklasifikasikan sebagai barangan komoditi. Jika dizaman khilafah dulu, silver digunakan sebagai matawang dirham yang menyokong pengukuhan sistem ekonomi dalam Islam.
Lagipun, dah lama naim tertarik nak berniaga di eBay. Nampak menarik dan mudah nak diuruskan. Apa yang perlu naim lakukan untuk jadi seorang peniaga silver ? Terutama di eBay. Oh ya, naim mesti fikir lain-lain faktor sebelum terjun tiruk dalam bidang ini. Hurmmm...
- Pasaran : lebih baik fokus Malaysia dulu sebab boleh jimat shipping cost. Ini susah kalau melibatkan international delivery.
- Persaingan : mesti ada. Tapi apa perlu takut? Hanya orang yang tiada inovasi dan enggan berubah saja yang akan kalah. Naim mesti wujudkan kreativiti untuk menjual silver ni. Hehehe..Dah terfikir tapi tak boleh letak kat sini.




