Naim Rahim

10Nov/092

6 Peraturan Melabur Oleh Robert Kiyosaki

Artikel ni diceduk dari tulisan blog Robert Kiyosaki . Tujuan naim tulis pula cuma sekadar untuk mengingatkan diri sahaja tentang pintar kewangan diri.

Photobucket

Ramai orang takut melabur. Apabila disebut pelaburan, ramai juga yang mengaitkan dengan skim cepat kaya..Alahai...itu le orang kita. Nak salahkan mentaliti orang kita macam tu, susah jugak. Sebabnya ini semua kerja-kerja orang-orang yang nak cepat kaya. Tipu sini, tipu sana. Itu yang pakat-pakat merana.

Untuk melabur dengan bijak, mengelak kehilangan dan kerugian modal, naim perlu ingat 6 peraturan ketika membuat pelaburan iaitu :

  1. Ada perancangan. Seperti yang RK nasihatkan, minta penasihat kewangan anda set up kan strategi pelaburan yang sesuai dengan profile risiko anda, jangkamasa dan matlamamt kewangan. Ini yang jadi masalah ni. Sebab naim sendiri pun tak terfikir apa matlamat pelaburan yang naim buat.
    1. Matlamat pelaburan emas : ????
    2. matlamat pelaburan saham : ????
    3. matlamat pelaburan hartanah : ????
  2. Jangan letakkan semua asset anda dalam satu portfolio aset sahaja. Sebagai contoh, RK cakap semua orang happy dan rasa tenang bila dapat membeli hartanah untuk pelaburan. Tapi perlu diingatkan ,apakan jadi jika pasaran hartanah jatuh merudum kepada pelabur hartanah semata-mata? Begitu juga dengan pelabur emas.. Hisshh...bahaya ni... Photobucket
  3. Bina pelaburan anda dalam jangkamasa tertentu. RK kata, ada pepatah lama berbunyi " Bilama tea lady mula melabur dalam stock market, itu adalah masa sesuai untuk get out".. Apa maksudnye? Maksudnya lebih kurang bilamana pasaran saham tertentu sedang naik, ramai yang akan mula terjun melabur dalam saham tersebut. Dalam keadaan saham yang berada dikemuncaknya, nantikan trend kejatuhan saham tersebut.Pada RK, ada 2 cara untuk menentukan masa terbaik pelaburan. Yang pertama, ilah dengan memiliki saham yang "low end" market dan memilih situasi "high end" market untuk menjual. Masalahnya strategi ni susah nak diaplikasi. Cara yang kedua ialah dengan memilih pelaburan yang baik dan stay dengan pilihan tersebut untuk jangka masa yang panjang ( 10 tahun atau lebih ) dan bersama -sama mengharungi ribut taufan pasaran.Saranan RK ialah cara yang kedua kerna ia lebih mudah. 
   
6 visitors online now
6 guests, 0 members
Max visitors today: 6 at 09:51 am UTC
This month: 6 at 09-04-2010 09:51 am UTC
This year: 15 at 02-09-2010 08:44 am UTC
All time: 15 at 02-09-2010 08:44 am UTC
Better Tag Cloud