Naim Rahim You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it…

9Feb/103

Emas : OverValued & Bubble Asset?

Naim tulis artikel ni waktu naim kat Segambut. Menunggu motor diservis. Huhuhu...Motor pun kena servis. Ingatkan orang je :)

Sejak kebelakangan ini, harga emas bukan main tinggi. Cuma dalam 2 3 minggu ini, trend emas agak tidak menentu. Dalam keadaan sekarang, masing-masing ambil posisi masing-masing. Yang ada duit lebih, ini masa sesuai untuk beli emas. Sebaliknya bagi yang tak cukup pitih tu ( macam naim le ) , setia menunggu berharap harga jatuh lagi :) Walau apa pun tindakan kita, naim nasihatkan supaya mencari ilmu terlebih dahulu. Ilmu yang Allah kurniakan ini sangat luas. Bukan setakat di dalam dewan kuliah,bahkan lebih banyak ilmu yang kita tak sedari. Semakin banyak kita tahu, semakin banyak kita tak tahu. Pening?

Berbalik kepada isu emas. Hari ini, ramai penganalisa yang berpandangan emas dan beberapa asset lain ( terutama barangan komoditi dan hartanah ) dalam keadaan GELEMBUNG BESAR..Orang kampung kata BUBBLE ( Buih ) . Itu orang kampung naim le...hoho

Secara lazimnya, buih ni mudah pecah. Semakin besar buih tu,semakin tinggi kebarangkalian untuk meletup. Itu le resmi buih.

Emas & Buih

Apa kaitan emas dengan buih ? Setakat ni tak pernah dengar syarikat emas keluarkan produk EMAS BUIH..hehe..Ini semua ada kaitannya dengan ekonomi. Dalam keadaan ekonomi sekarang, para penganalisa pasaran risau dengan kadar interest US yang rendah sekitar 0%-0.25%. Dengan kadar interest ( BUNGA ) yang rendah tu, kuasa membeli masyarakat terhadap asset lebih tinggi.

Teori ekonomi, apabila permintaan terhadap sesuatu barang tinggi, harga untuk barang tersebut jugak akan melonjak. Harga yang melambung inilah yang akan menyebabkan sesuatu ASSET tu menjadi BUIH. Emas, harganya meningkat melebihi jangkaan yang sepatutnya. Akhirnya, apabila US mengumumkan untuk meningkatkan kadar bunga, pilihan intrsument pelaburan kepada masyarakat akan menyebabkan masyarakat memilih untuk meninggalkan emas dan kembali kepada produk kewangan yang lain. Di waktu tersebut lah, BUIH tadi meletup dan harga emas jatuh MENJUNAM.

itu TEORI...ditambah pandangan naim le :)

Emas : OverPriced & OverValued?

Sehinggalah naim terbaca satu lagi artikel pada waktu pagi tadi...Artikel yang ditulis oleh Dr Jeffrey Lewis dari Silver-Coin-Investor.com ( ntah betul dr ke tidak ,naim pun tak tahu )..Apapun kupasan beliau memang menarik.

   
5 visitors online now
5 guests, 0 members
Max visitors today: 5 at 05:49 am GMT-8
This month: 9 at 03-11-2010 10:21 am GMT-8
This year: 15 at 02-09-2010 08:44 am GMT-8
All time: 15 at 02-09-2010 08:44 am GMT-8
Better Tag Cloud