BHG 1: 49 Cara Sembuh DIY Dari Demam Yang Perlu Anda Elakkan
Hari ini demam. Entah betul pasti atau tidak naim dapat demam. Demam atau nama saintifiknya PYREXIA ( bukan paria ) boleh terjadi kepada diri naim, diri pembaca bahkan kepada sesiapa sahaja yang suhu badannya meningkat sehingga 37°C . Bukan itu sahaja, pendemam-pendemam yang wujud di dunia pada hari ini boleh diukur kepastiannya melalui suhu dubur ( oooh...perlu ke naim gunakan termometer kaca ini dibahagian dubur ) . Rupa-rupanya setiap ukuran suhu berbeza mengikut kawasan tubuh badan yang diperiksa iaitu :
- mulut : 37.5 °C (99.5 °F)
- celah ketiak : 37.2 °C (99.0 °F)
- dubur : 37.8 °C (100.0 °F)
- telinga ( lobang telinga ) : 37.2 °C (99.0 °F)
Hurm..Sehingga hari ini naim belum lagi ketemu doktor yang periksa suhu badan melalui dubur. Minta simpang jauh. Oh ya, suhu badan normal seorang manusia ialah 36.8±0.7 °C (98.2±1.3 °F). Namun ia bukan ukuran mutlak untuk seseorang itu normal atau tidak. Seseorang yang dihidapi simptom-simptom demam akan mula mencari kaedah -kaedah DIY ( Do It Yourself) kerana mereka sudah belajar dari pengalaman-pengalaman sebelumnya. Sudah pasti naim sendiri pernah demam dan kembali normal dengan kit-kit ubatan DIY sendiri. Justeru, sempena demam yang telah kunjung tiba ini, naim cuba menyelongkar satu persatu khazanah ilmu tak terhingga dari sumber dunia tanpa sempadan ini, mencari apakah perkara yang patut mereka ( si pendemam ) elakkan dari kembali demam mahupun terus berkekalan demam.


