Naim Rahim

10Jun/100

Beli Buku Terpakai Dari ThriftBook

Alhamdulillah.. Lebih cepat dari jangkaan. 24hb yang lepas, saya ada membuat tempahan online untuk membeli sebuah buku bagi bacaan bulan Julai. Apa yang mengkagumkan, buku tersebut yang dihantar dari USA telah sampai lebih awal 6 hari dari jangkaan penerimaan. Suka :)

Ini adalah buku terpakai yang pertama kali saya beli dari internet. Sebelum ini, saya hanya membeli dari Pekan Buku UM, MPH online, dan beberapa lagi web buku online di internet. Membeli di sana, sudah tentu buku baru. Namun, menyedari pitis yang nipis dalam kocek saya ini, saya membuat keputusan untuk mencari dan membeli buku-buku terpakai dari internet. Sasaran pertama saya ialah Amazon.com. Sayang seribu kali sayang, Amazon dot com tidak menerima tempahan dan tiada penghantaran ke Malaysia. Entah. Puas sudah saya mencari alternatif untuk membeli buku di Amazon. Tapi gagal. Akhirnya saya bertemu dengan satu laman web buku terpakai. Mengkagumkan.

Buku terpakai sudah tentu lebih murah dari harga buku yang baru. Yang penting isi kandungan buku tersebut masih elok untuk dibaca.  Saya berjaya menjimatkan wang sehingga 87% dari harga buku tersebut. :) Dengan penjimatan ini, saya mempunyai lebih kuasa membeli dan memiliki lebih buku dalam satu satu masa. Jika sebelum ini, saya harus berbelanjan lebih kurang RM50-RM70 untuk sesebuah buku ( edisi bahasa omputih ). Kini, saya boleh membeli 2 hingga 3 buku terpakai yang lebih kurang sahaja harganya. Hehe.. Bak kata pepatah, Alah membeli, menang memakai

Ilustrasi dari web

Gambar buku yang diterima ( luar setinggan,dalam kondo )

Setiap buku yang dihantar ke luar negara akan dicaj sebanyak USD$4.99 kos penghantaran. Kos ini masih dianggap murah berbanding masa dan kos yang terpaksa ditanggung untuk penghantaran domestik. Oh ya, pembelian boleh dilakukan menggunakan kad kredit mahupun kad debit. Untuk belian ini, saya gunakan kad debit dari Maybank. Mudah je :)

Kunjungi web ini untuk belian buku terpakai yang menarik "thriftbook.com"

Ps: Perhatikan jenis 'binding' yang digunakan. Rupa-rupanya saya membeli buku jenis binding "hardcover". Sebab itulah buku yang saya dapat macam buku lama di perpustakaan UM..haha.

3Jun/100

Prestasi May 2010

Sekali lagi berjaya mengharungi bulan May 2010. Banyak yang telah berlaku. Mudah-mudahan lebih banyak peningkatan dan kemajuan berbanding bulan-bulan sebelumnya. Apapun, segala-galanya mesti selaras dengan matlamat jangka panjang ( 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 30 tahun ).

Apabila menyemak kembali impian bulan lepas, ternyata satu pun tak lepas. Kenapa? sebab lari fokus. Baru tersedar akhirnya. Ini impian bulan lepas. Naim cedok dan tampalkan disini.

Untuk Bulan Mei ni, sasaran naim selain menambah baik pengisian diri ialah :

  • menghasilkan 1 ebook percuma lagi
  • menjalankan kempen pengiklanan online untuk 1 affiliate tempatan
  • mendapatkan 1 akaun adsense tambahan bagi pihak xxxxx

Photobucket

Ebook percuma, tak ada. Kempen pengiklanan pun tak ada. Akaun adsense, dah mencuba tapi tak berjaya.

Jadi, untuk bulan 6 ini, tiada matlamat baru melainkan melaksanakan kembali apa yang gagal dicapai bulan sebelumnya.

KPI Peribadi

KPI ( Key Performance Indicator ) adalah satu alatan kawalan yang naim gunakan untuk diri sendiri memantau prestasi semasa diri. Naim anggap ia sebagai jadual diri untuk mencapai matlamat jangkamasa setahun. Secara peribadinya, KPI tersebut masih kurang sesuai dengan diri. Terlalu ketat. Jadi, naim sedang memperbaiki untuk menjadikan KPI lebih fleksible kepada diri. Kira-kira hanya 40% purata prestasi semasa yang naim capai. Kurang memberansangkan. InsyaAllah bulan 6 ini, ada kerja keras yang perlu naim lakukan.

Buku : Jutawan Hartanah oleh Azizi Ali

Sudah terlintas niat dihati untuk menulis serba sedikit ringkasan bahan bacaan setiap bulan. Malangnya, ia cuma niat. Hasrat tanpa tindakan. Hasilnya :) . Walaubagaimanapun, naim berjaya khatamkan apa yang terkandung dalam buku tersebut. InsyaAllah bulan ni, naim nak cuba praktikkan. Lokasi hartanah yang sesuai dah jumpa. Kebetulan ada penjual pula. :) Apapun, survey yang disarankan belum dilakukan. Kena banyak bersabar.

Kerohanian

Dari sudut pembangunan diri terutama aspek ruhaniah, alhamdulillah ada sedikit amal yang bertambah pada bulan lepas. InsyaAllah momentum demi momentum baru akan digerakkan untuk terus menambahbaikkan diri ini. Amiiinnnn.

Ringkasan May 2010 :

  • Saving 26% cash dari matlamat tahunan. Meningkat 1% dari bulan sebelumnya.Jumlah aset semasa terkumpul ialah 60% dari matlamat .
  • Pendapatan tambahan (21.4% keseluruhan ). Mendatar :
    • Adsense 76.4% dari sasaran (naik).
    • EBook 25% dari sasaran (jatuh)
    • eBay, affiliate dan cpa masih belum memberikan sebarang hasil.
  • Input tambahan untuk perkembangan diri:
    • Mandarin 0% ... Subjek ini akan dilupuskan buat sementara waktu untuk memberi laluan utama kepada subjek BI. Naim bertekad untuk tumpukan komitmen pada BI dahulu.
    • English ? . KPI masih gagal. Data yang tak lengkap menyukarkan terjemahan dalam peratusan dibuat.
    • Buku 100% ..Pencapaian normal. Menepati sasaran untuk 1 buku 1 bulan. Lagipun, hampir separuh dari bahan bacaan bulan Jun sudah dibaca. :) Silap fokus. Sepatutnya masa yang berbaki digunakan untuk menyempurnakan matlamat yang belum tercapai.
    • Akhbar ... I read it everyday. Unfortunately, it's MalaysiaKini...Hahaha..
    • alQuran ... 100% .. Alhamdulillah...Sehari 3 ayat alquran untuk hafazan. Hampir berjaya. Tambahan ada sedikit kemajuan dalam pengisian ruhaniah untuk bulan May ni. InsyaAllah, usaha menaiktaraf iman akan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Amiiiinnn

Kesimpulannya, ada beberapa kelemahan yang dapat dikesan dari bulan sebelumnya. Masalah utama mendisiplinkan diri adalah yang paling ketara. Bukan mudah nak mendisiplankan diri. Terutama bila keletihan dari kerja pejabat terbawa-bawa sampai ke rumah. Itulah cabaran yang paling besar. Mudah-mudahan bulan ini, perubahan bakal dilakukan.

" The Way We See The Problem Is The Problem "

Filed under: Diari No Comments
30May/100

Impian Penghujung Kehidupan

"Jika saat ini adalah saat terakhir kehidupanku , apa yang aku ingin harapkan dari ibu dan bapa, dari keluarga, dari rakan-rakan dan dari kehidupan ini ?

Aku harapkan ibuku akan meredhai segala apa yang diberikan kepadaku sepanjang kehidupanku. Aku harapkan ibuku menghalalkan segala-galanya untukku. Aku ingin supaya ibu menganggap aku adalah anak yang terbaik pernah dibesarkan, anak yang taat dan soleh, anak yang tidak pernah menyakiti hatinya. Kasih sayang yang aku berikan senantiasa menyenangkan hatinya. Malahan ibuku akan selalu mendoakan kesejahteraan diriku di hari akhirat kerana aku adalah anak solehnya.

Aku harapkan ayahku mengerti pemergianku adalah pemergian bermakna bagi beliau. Air mata seorang lelaki yang penuh dengan pelbagai pengalaman kehidupan menitis pemergianku. Semestinya aku mengharapkan ayahku mengenang kehidupanku sebagai seorang anak yang sentiasa menjaga keperluan kehidupannya. Anak yang taat yang akan sentiasa berada di sisinya samada dia dalam kesenangan atau kesempitan. Seorang anak yang sentiasa mendoakan kesihatannya. Di saat itu, ayahku akan mengimamkan jenazahku dan membawa jenazahku dalam esakan sebagai seorang ayah.  Baginya, aku adalah anak yang tidak pernah menyakiti hatinya bahkan senantiasa menenangkan hatinya setiap masa.

Untuk keluargaku, aku pasti mengharapkan mereka mengenang pemergianku nanti adalah pemergian seorang ahli keluarga yang bertanggungjawab. Seorang anak saudara yang tidak lokek harta dan ilmu, seorang abang yang perihatin dan menyayangi, seorang adik yang sentiasa memahami, seorang saudara yang kental, sabar, berilmu, penuh dengan didikan agama.

Aku juga harapkan semasa pengkebumianku nanti dihadiri rakan-rakan taulan yang ramai. Kerana saat itu, aku adalah rakan, sahabat mereka yang disayangi. Seorang sahabat yang sentiasa tenang wajahnya, sahabat yang sentiasa bertoleransi, memberi kerjasama yang erat, yang sanggup membantu walau dalam kesempitan. Aku mengharapkan mereka menghargai segala jasaku. Pasti, pada mereka , aku adalah sahabat ,rakan yang terbaik pernah mereka miliki dalam kehidupan ini. Jika diberikan kekayaan melimpah ruah untuk berabad lamanya, bagi mereka, persahabatan aku lebih bernilai dari seluruh isi dunia.

Dan...

Itulah secebis impian penghujung kehidupanku..."

Tak kira walauapapun impian kita, itu adalah sebenarnya matlamat kehidupan kita di dunia ini. Jika kita inginkan kematian kita didalam 'husnul khatimah", maka kita perlu berusaha ke arahnya. Justeru, berusahalah agar kita sentiasa berada di atas landasan yang sepatutnya bagi mencapai matlamat hidup yang kita impikan. :)

19May/100

Bayar Saman PDRM Online Dengan MyEG

Sekejap tadi naim baru selesai bayar saman. Sudah menjadi kebiasaan, malas nak ke balai polis. Jadi naim ambil keputusan untuk cuba membayar saman secara online. Mulanya naim fikir servis tu belum ada & wujud. Hehehe..Rupa-rupanya canggih juga sistem pihak berkuasa kita ni. Tak kisah la walaupun sistem itu di'outsource' kepada pihak ketiga. Apa yang penting ialah kecekapan pengurusan pasti akan bertambah dengan sistem-sistem canggih ni. Akhirnya naim berjaya selesaikan 2 saman lalulintas dengan pihak PDRM sebentar tadi.

menyelesaikan bayaran saman pdrm

MyEG : Portal Serbaguna Kerajaan

Ini lah portal online yang naim maksudkan. Setakat ini, naim dah gunakan 2 servis yang ditawarkan pihak mereka. Terdahulu, naim gunakan servis mereka untuk memperbaharui lesen memandu. Lebih menjimatkan masa dan tenaga. Bukankah ia lebih efektif?

Untuk menggunakan servis ini, ppengguna seharusnya mendaftar terlebih dahulu. Cuba cari bahagian pendaftaran baru disebelah kanan portal tersebut. Kalau tak ada, cuba cari di bahagian kiri. Ia mudah saja. Selepas itu pengguna akan diminta untuk mengisikan butiran penting diri untuk kegunaan pendaftaran. Opsss... terlupa nak bagi pesanan, jangan sesekali mudah memberikan maklumat diri kepada pihak-pihak tertentu. Hanya pihak yang dipercayai sahaja. :)

Selepas pendaftaran selesai,kebiasaannya portal sebegini akan menghantar satu notifikasi terus ke email pengguna untuk butiran pengesahan. Sebagai pengguna yang 'original', link pengesahan tersebut boleh dilihat dari dalam email yang dihantar. Selesai pengesahan, pengguna tersebut sudah boleh mengunnakan servis-servis yang ditawarkan. Mudah bukan?

Dengan kemudahan yang disediakan, sepatutnya kadar kutipan saman dinegara kita patutnya boleh ditingkatkan. Tiada alasan untuk mereka yang bersalah melengah-lengahkan bayaran saman. Apapun lebih baik kalau kita dapat elakkan salah tersebut.. :)

6 visitors online now
1 guests, 5 bots, 0 members
Max visitors today: 6 at 02:59 am UTC
This month: 7 at 09-04-2010 10:52 am UTC
This year: 15 at 02-09-2010 08:44 am UTC
All time: 15 at 02-09-2010 08:44 am UTC
Better Tag Cloud