Inikah Jalan Keluar Dari Hutang Semudah ABC?
Alhamdulillah, sampai juga buku yang saya pesan. Tempahan yang pertama gagal. Buku yang dipesan gagal dikesan. Tak dapat dijejak . Mujur si penjual betul-betul 'genuine'. Jadi digantinya dengan buku yang sama cuma masa penghantaran ditunda lagi.
Apapun,syukur. Kalau tak, terbang USD8.99.
Harga murah je sebab ini buku terpakai. Kalau ikutkan harga pasaran, harga sekitar USD$16.55. Nak jimatlah katakan. Pesan orang, bijak berbelanja ni biarlah alah dalam membeli tapi memang memakai.
Buku "The ABC's of Getting Out Of Debt" ini adalah buku ke enam dalam koleksi RichDad yang saya ada. Tentang isi buku, baru nak baca. Walaupun baru beberapa helai, kandungan tetap menarik. Gaya olahan macam buku fiksyen memang santai. Takde le rasa berat sangat bahan bacaan ni nak dibandingkan dengan buku-buku ilmiah yang lain. Yang penting, objektif buku sampai. Tiada guna kalau baca buku beratus-ratus buah pun kalau tiada kesan ilmu yang nak disampaikan. Mohon dijauhkan tuhan dari tabiat yang macam tu.

Hutang bukan perkara kecil dalam kehidupan. Bahkan orang yang mati dengan berhutang akan tergantong rohnya nanti. Dalam Islam, orang yang berhutang dan melengah-lengahkan bayarannya sedangkan dia mampu ,halal untuk dirinya dikutuk/umpat oleh pemiutang atas sebab sifat buruknya yang melengah-lengahkan hutang.
Justeru dalam dunia hutang hari ini, memang sesiapapun takkan dapat hindarkannya. Hampir setiap hari kita menggunakan hutang untuk mendapatkan sesuatu. Perbezaannya bagaimana kita menangani hutang tersebut. Dengan berhutang, sebenarnya kita telah menjadi hamba kepada pemiutang. Sekalipun kita amat kaya, tetapi kaya dengan hutanglah bukan satu impian.
Saya berpesan kepada diri saya sendiri supaya berhati-hatilah dengan hutang. Hutang yang kecil ibarat api. Jika bijaksana si penggunanya, maka api tersebut besar mafaatnya. Begitulah sebaliknya. Jangan kita sangka dengan bayaran bulanan yang kecil (ansuran) tersebut mampu untuk kita usahakan dalam tempoh masa yang panjang. Masa sihat, kita mampu. Masa sakit, sakit wang, sakit family, sakit masyarakat, belum tentu kita mampu untuk selesaikan bayaran yang kecil tersebut.
Kesimpulannya,
berhutanglah asalkan ada perancangan dan tindakan untuk membayarnya kembali.
Ps: Simpati pada pelajar yang terpaksa berhutang untuk belajar..Macam saya!
Prestasi Julai 2010
Cepatnya masa berlalu. Hari ini dah 1 ogos. Beberapa hari lagi akan tiba Ramadhan. Rasa seperti baru Januari. Tak sangka dah nak berakhir tahun 2010. Banyak yang dirancang, tapi masalahnya yang dirancang menjadi tak terancang. Sedih...
Bulai Julai lepas, banyak perkara yang tak disempurnakan. Entah. Mungkin karena jadual diri yang ketat ataupun disebabkan sifat diri yang malas. 2 faktor yang menjadi penyumbang terbesar gagal untuk mencapai matlamat. Udah banyak mengeluh. Sayangnya keluhan tak disertakan dengan usaha. Usaha pula tak banyak yang disertakan dengan pengorbanan. Mungkin itulah penyebab kegagalan.
Jadi, apa penyelesaian untuk semua ini?
- Review semula KPI diri. Ada yang terlalu ketat yang patut disesuaikan dengan keadaan diri.
- Kena banyak berusaha. Ini bahagian paling susah. Motivasi yang tinggi sangat-sangat diperlukan sewaktu diri letih berkerja seharian. Mungkin itulah namanya pengorbanan
- Kena cari semula identiti diri. Hidup sekejap saja. Kalau tak kenal erti tujuan hidup, tak guna melata di atas bumi ni. Yang rasa kosong, boleh diisi. Cuma perlu mencari.
Harapan Bulan Ogos.
InsyaAllah dalam bulan yang akan datang, Ramadhan akan tiba. Bulan ini sepatutnya ditingkatkan amal ibadat. Patut masuk gear 4 dah. Perlu ada rombakan dalam jadual seharian untuk disesuaikan dengan Ramadhan. Tentang target bulanan, itu pun patut ditingkatkan. Seperti biasa, bulan lepas ada satu matlamat yang gagal perlu diselesaikan bulan ini. Ini akan diberikan keutamaan. Matlamat istimewa ogos kali ini ialah :
- Target jualan 100 pelanggan dari eBay
- Kemaskini ebook PanduanVCC disempurnakan
Ringkasan Julai 2010 :
- Saving 32.16% cash dari matlamat tahunan. Meningkat 3% dari bulan sebelumnya. Jumlah aset terkumpul ialah 69.05% dari matlamat .
- Pendapatan tambahan (48.08% keseluruhan ). Meningkat :
- Adsense 159.3% dari sasaran (naik).
- EBook 549% dari sasaran (naik)
- eBay 27.1% dari sasaran ( kali pertama direkodkan ).
- Input tambahan untuk perkembangan diri:
- Grammar English : Out! No improvement at all.
- English Vocabulary : Out! No improvement at all!
- Buku : tak baca
- Akhbar : hancusss.
- alQuran : lesu.
Keadaan kritikal. Unit tindakan khas perlu digerakkan. InsyaAllah bulan Ogos mesti ada peningkatan! Untuk bro Hassan, saya terpaksa tunda sementara projek kita untuk membenarkan beberapa perkara diselesaikan terlebih dahulu.
Prestasi Jun 2010
Sekejap saja masa berlalu. Tup..tup.. Dah masuk bulan Julai. Kini tinggal cuma 5 bulan saja lagi untuk tiba di penghujung tahun 2010. Bulan rejab juga hampir sampai ke penghujungnya. Nampak gaya, tak lama lagi semua umat Islam akan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan insentif nanti.
Perkara Menarik Bulan Jun
Semua seperti yang dirancang. Alhamdulillah, syukur. Perkara yang paling menarik dalam bulan Jun yang lalu ialah berjaya menghasilkan 21 jualan dari eBay. Jumlah jualan yang ciput.
Walaupun begitu, ia satu kebanggaan yang patut dijadikan inspirasi diri supaya lebih berusaha. Kalau bulan Jun mampu dapat 21 jualan, insyaAllah jualan bulan Julai mesti ditingkatkan.
Tambahan, 2 dari matlamat bulan Jun juga tercapai. Malangnya, matlamat tersebut cuma satu matlamat yang tidak SMART. Sayang sekali. Bagai melepaskan batu ditangga. Harap-harap kesilapan yang dah berlaku dapat diperbetulkan. Orang yang gagal ialah mereka yang gagal belajar dari kegagalan.
Azam Yang Tak Tercapai

Bacaan untuk bulan Jun agak mencabar. Tulisan Stephen R. Covey, The 7th Habits of Highly Effective People memang menduga kesabaran. Hehe.. Almaklum kurang pandai bahasa Inggeris. Alamatnya merangkak juga untuk sampai ke penamatnya. Alhamdulillah. Banyak ilmu berkaitan pembaikan diri yang selama ini ramai orang abaikan. Prinsip yang senantiasa wujud tapi dibiarkan tumpul tak berasah. Ini kelemahan ramai orang. Antara salah satu tips yang diberikan beliau supaya pembaca lebih cepat faham ialah dengan mengajar atau berkongsi input yang ada dalam buku tersebut dengan orang lain. Itulah azam yang tak tercapai kali ini. Memang terlintas di hati untuk menulis di blog ini. Malangnya sifat malas dan bertangguh yang tebal bak kulit buaya saya ni tak dapat nak dikikis.
Ringkasan May 2010 :
- Saving 29.67% cash dari matlamat tahunan. Meningkat 3% dari bulan sebelumnya.Jumlah aset terkumpul ialah 63% dari matlamat .
- Pendapatan tambahan (20.38% keseluruhan ). Merosot :
- Adsense 62.9% dari sasaran (jatuh).
- EBook 39% dari sasaran (naik)
- eBay ( ada hasil namun gagal direkodkan ).
- Input tambahan untuk perkembangan diri:
- Grammar English : Out! No improvement at all.
- English Vocabulary : KPI dah ada. Disiplin pula yang kurang. Hampeh!
- Buku 100% : Pencapaian normal. Menepati sasaran untuk 1 buku 1 bulan. Agak mencabar. Buku yang cukup tebal dan bahasa yang sukar.
- Akhbar : Entah la labu. Bulan ni memang tak kemaskini KPI.
- alQuran : Alhamdulillah. Berjaya menghafal 1 surah. Mudah0mudahan diberikan keluasan rezeki masa dan tenaga untuk terus memberikan penumpuan dalam aspek kerohaniah.
Kesimpulannya, apa yang telah berlaku pada bulan lepas kembali berulang. Kurangnya disiplin dalam melatih diri untuk membiasakan dengan jadual diri. Ada banyak KPI yang tak diisi menyebabkan statistik tak dapat dihasilkan dengan baik. Ini memang masalah yang kritikal. Ini satu kesilapan besar. Permulaan bulan 7 pun hampir sama. Pastinya bulan Julai bulan yang mencabar! Yosh, terus berusaha.
Psst : Rasanya bulan ni nak mengulang semula bacaan bulan Jun. Baca tanpa praktis, apa guna!
Beli Buku Terpakai Dari ThriftBook
Alhamdulillah.. Lebih cepat dari jangkaan. 24hb yang lepas, saya ada membuat tempahan online untuk membeli sebuah buku bagi bacaan bulan Julai. Apa yang mengkagumkan, buku tersebut yang dihantar dari USA telah sampai lebih awal 6 hari dari jangkaan penerimaan. Suka
Ini adalah buku terpakai yang pertama kali saya beli dari internet. Sebelum ini, saya hanya membeli dari Pekan Buku UM, MPH online, dan beberapa lagi web buku online di internet. Membeli di sana, sudah tentu buku baru. Namun, menyedari pitis yang nipis dalam kocek saya ini, saya membuat keputusan untuk mencari dan membeli buku-buku terpakai dari internet. Sasaran pertama saya ialah Amazon.com. Sayang seribu kali sayang, Amazon dot com tidak menerima tempahan dan tiada penghantaran ke Malaysia. Entah. Puas sudah saya mencari alternatif untuk membeli buku di Amazon. Tapi gagal. Akhirnya saya bertemu dengan satu laman web buku terpakai. Mengkagumkan.
Buku terpakai sudah tentu lebih murah dari harga buku yang baru. Yang penting isi kandungan buku tersebut masih elok untuk dibaca. Saya berjaya menjimatkan wang sehingga 87% dari harga buku tersebut.
Dengan penjimatan ini, saya mempunyai lebih kuasa membeli dan memiliki lebih buku dalam satu satu masa. Jika sebelum ini, saya harus berbelanjan lebih kurang RM50-RM70 untuk sesebuah buku ( edisi bahasa omputih ). Kini, saya boleh membeli 2 hingga 3 buku terpakai yang lebih kurang sahaja harganya. Hehe.. Bak kata pepatah, Alah membeli, menang memakai
Ilustrasi dari web

Gambar buku yang diterima ( luar setinggan,dalam kondo )
Setiap buku yang dihantar ke luar negara akan dicaj sebanyak USD$4.99 kos penghantaran. Kos ini masih dianggap murah berbanding masa dan kos yang terpaksa ditanggung untuk penghantaran domestik. Oh ya, pembelian boleh dilakukan menggunakan kad kredit mahupun kad debit. Untuk belian ini, saya gunakan kad debit dari Maybank. Mudah je
Kunjungi web ini untuk belian buku terpakai yang menarik "thriftbook.com"
Ps: Perhatikan jenis 'binding' yang digunakan. Rupa-rupanya saya membeli buku jenis binding "hardcover". Sebab itulah buku yang saya dapat macam buku lama di perpustakaan UM..haha.


