Pelan Simpanan Yang Mana Satu Menguntungkan ?

Selalunya ramai yang menangguhkan keputusan untuk mula menyimpan wang dalam apa saja pelan simpanan yang ditawarkan kerana TAKUT RUGI ataupun risau UNTUNG SEDIKIT. Akhirnya mereka memilih untuk biarkan saja wang tersebut disimpan dalam akaun bank. Katanya lebih selamat.

Bijak ke tindakan mereka ini?

Saya tak pasti. Tapi kalau diperhatikan dengan lebih mendalam, sebenarnya ini semua bergantung kepada sejauhmana kita berani menghadapi risiko. Semua orang perlu mengambilkira risiko dalam kehidupan. Namun bagaimana caranya menghadapi risiko adalah berbeza mengikut kelebihan masing-masing.

Seperti mereka yang memilih untuk biarkan wang didalam akaun simpanan bank saja. Mereka ini juga memilih risiko. Cuma setakat mana mereka mengimbangi risiko tersebut dengan pulangan yang bakal diterima. Aik? Simpan dibank pun berisiko? Ya!… Tahukah anda, simpanan di dalam akaun simpanan biasa bank hanya menawarkan kadar pulangan/interest serendah 0.1% hingga 3% p.a sahaja. Anda faham tak maksud yang nak disampaikan?

Jika anda biarkan simpanan RM10,000 di dalam akaun bank, dalam masa setahun duit anda tersebut akan berganda menjadi RM10,100. Ya. Tambahan sebanyak RM100. Banyak tak? Hehehe. Sebelum tu, pernahkah anda tahu tentang nilai wang sentiasa menyusut setiap tahun disebabkan inflasi. kadar inflasi malaysia

Apa itu inflasi? Haaaa…Inflasi ni bahasa mudahnya ialah pengukur kenaikan kos barangan. Kalau dulu harga kopi o RM1.00 secawan, harga bagi tahun 2013 telah berubah. Naik kepada RM1.02 . Tapi itu anggaran kasar saja. Kebiasaannya kenaikan ini akan berangkai. Betul tak? harga gula, tarif air, tarif elektrik, kos pengangkutan, dan pelbagai lagi.

Jadi jika dividen simpanan yang anda terima cuma 3% p.a ( kebiasaannya simpanan tetap saja yang tawarkan kadar ini ) dan kadar inflasi 2.1% pada tahun 2013, anda sebenarnya hanya untung 0.9% sahaja dari jumlah wang simpanan anda.

Banyak ke???? hehehe.

Jadi apa yang patut dilakukan?

Dimana patut saya simpan wang saya?

Selamat ke kalau simpan dan laburkan dalam unit trust ?

Atau bagus ke kalau saya beli emas dan simpan?

Bagaimana dengan simpanan ASB ?

Semua soalan ini berbeza jawapannya mengikut ilmu & pemahaman masing-masing. Saya ?

Jika saya, pelan simpanan yang saya pilih ialah pelan yang mampu membantu saya mencapai matlamat simpanan. Simpan-simpan juga, tapi jangan simpan tanpa tahu apa matlamat simpanan tu. Ada orang menyimpan untuk hari tua. Ada juga yang menyimpan untuk deposit rumah. Ada sebahagian lagi menyimpan untuk deposit kereta. Lain orang , lain matlamat simpanannya. Apa yang penting, menyimpan dengan matlamat akan memudahkan anda mencari pelan simpanan yang bersesuaian dan menguntungkan.

Tak percaya ?

Simpanan untuk keluarga – Contohnya jika saya ingin menyimpan untuk harta peninggalan kepada anak-anak & keluarga, saya akan pilih takaful. Sebabnya simpanan saya lebih rendah dan amaun pampasan yang akan ditinggalkan cukup banyak. Dengan caruman sekitar RM150-200/bulan, cukup untuk pampasan sekitar RM250K-500K.

Simpanan untuk persaraan – Katakan jika saya ingin menyimpan untuk persaraan, saya akan pilih teknik ASB financing. RM200K ASB financing dengan dividen 8% ( RM16000/setahun ) boleh menampung perbelanjaan bulanan RM1500. Amaunnya mungkin kecil nak dibandingkan inflasi. Tapi ia lebih mudah sebab bayaran pembiayaan boleh dibayar dengan dividen sehinggalah akhir tempoh pembiayaan. Modal hanya RM14000 pada tahun pertama, saya boleh dapatkan simpanan bernilai RM300K ( pada akhir tempoh pembiayaan ) dengan dividen sekitar RM16K setahun. Tak cukup? Buatlah untuk pasangan sekali.

Simpanan untuk pendidikan – Lain pula untuk simpanan pendidikan anak. Saya tetap pilih takaful sebab tujuan utama untuk melindungi dari risiko kewangan akibat musibah kesihatan. Tapi dalam takaful pilihan saya ada ditawarkan pelaburan unit trust. Dengan bermula awal, simpanan anak boleh mencecah RM50K dalam tempoh 20 tahun. Carumannya cuma RM150-170/bulan

Simpanan untuk deposit rumah – Ooohh..saya bermula lambat. Tapi ini lah matlamat saya seterusnya. Tahniah buat anda yang telah membeli rumah untuk pelaburan. Saya baru nak bermula. Baru nak cari ilmu hartanah ni.

Simpanan untuk kereta idaman – Yang ini lain orang lain caranya. Terpulang. Kalau kerjaya sebagai salesman, simpanan untuk kereta idaman lebih mudah sebab hanya perlu kerja lebih keras. Imbuhannya pasti lumayan dan cepat. Di bidang takaful, kerjaya saya menjanjikan bonus berganda 3 tahun sekitar RM30-50K ( agent biasa sederhana ). Bayangkan mereka agent yang kerja kuat-kuat. Sebab itu simpanan untuk kereta idaman ini saya tak pandai nak ulas.

Simpanan untuk bercuti/ Haji– Ini pun kenalah plan betul-betul. Kalau tak plan, mana la nak boleh bercuti. Cuti dalam negara lebih murah. Cuti luar negara, ehem…ehem…ehem. Mujurlah saya di Prudential, kami ditawarkan pakej percutian luar negara setiap tahun percuma. Kalau saya nak simpan pun, sikit je la khas untuk bawa pasangan.

Lain-lain simpanan ?

Ps : menyimpan la…Tapi biarlah menyimpan dengan bermatlamat & bijak.

Komen Melalui Facebook Disini

Leave a Reply