Insurans Ni Tak Haram, Sebab Melabur Dalam Dana Syariah ???

Pernah anda dengar tentang penerangan sebegini rupa? Insurans ni tak haram sebab pelaburannya dalam DANA SYARIAH. Entah dari mana datang fahaman ni. Apa yang boleh saya maklumkan, agent ini belum cukup faham tentang isu Halal Haram dalam dunia insurans.

Kita semua jelas tentang HARAM nya khinzir. Tak kisahlah walaupun khinzir tadi dimasak oleh ustaz. Ataupun khinzir panggang yang disembelih dengan amalan patuh syariah. Haram tetap haram.

fatwa insurans haramBegitu juga, kita semua jelas tentang HARAM berjudi. Walaupun amalan berjudi tadi dimulakan dengan bacaan doa, ataupun alunan merdu suara tok imam. Yang haram tetap haram.

Tetapi…

Ramai lagi yang kurang jelas tentang kenapa INSURANS KONVENSIONAL haram !

Mereka kata insurans ini halal sebab pelaburannya patuh syariah .

Sejak bila khinzir jadi halal apabila disembelih mengikut syarak?

Sejak bila berjudi jadi halal jika tok imam yang membeli atau dilakukan secara berjemaah dan berdoa kepada tuhan?

HARAMnya INSURANS KONVENSIONAL adalah disebabkan konsep insurans itu sendiri.

Insurans pada dasarnya adalah satu instrument kewangan yang konsepnya adalah “jual beli”. Jual beli dalam Islam adalah diharuskan selagi tidak melanggar syarak. Para ulama telah menggariskan beberapa panduan dalam urusan jual beli yang diharuskan. Juga jual beli yang melanggar syarak. Dalam berjual beli INSURANS KONVENSIONAL, ada urusan jual beli yang ditegah.

Kenapa ?

Pertama. Kita panggil Gharar. Gharar ini ialah ketidakpastian. Ada gharar yang dimaafkan dan sebaliknya. Dalam urusan jual beli insurans, GHARARNYA sangat luas besar sekali. Penjual menjual sesuatu yang tidak pasti bila tarikhnya si pembeli akan dapat barang. Bila sakit? Bila mati? Bayangkan seorang pemilik polisi insurans yang dah bayar selama 30 tahun dengan jumlah premium dibayar RM30K, tapi tidak mendapat apa-apa barang sebab sihat dan tak mati.

Kedua. Kita difahamkan tentang RIBA. Riba ini pada fahaman masyarakat umum ialah “kadar bunga”. Dalam insurans konvensional, kita bukan berbicara tentang kadar bunga atau kadar pulangan dari pelaburan. Tetapi RIBA disini kerana wujudnya urusan jual beli duit. Para ulama mengaitkannya dengan persamaan barangan ribawi antaranya jual beli emas dengan emas. Apa logiknya perniagaan jual beli wang RM1 dengan RM100 ? Saya jual RM1 , anda beli dengan RM100. Nampak tak? Aneh dan pelik. Barang yang sama tapi nilainya berbeza. Adil ke?

Ketiga. Wujud unsur perjudian. Dengan sejumlah bayaran premium yang kecil, pemilik polisi mengharapkan pulangan wang yang lebih besar apabila musibah menimpa. Begitulah juga sebaliknya pemilik polisi akan rugi jika tiada ada apa-apa berlaku kepadanya.

Nampak tak?

3 perkara yang wujud dalam transaksi insurans ini adalah perkara UTAMA kenapa insurans itu haram. Bukannya perihal pelaburan tersebut.

Harap memberi kefahaman kepada semua. Sekian

Tagged on:

Komen Melalui Facebook Disini

Leave a Reply