Kenapa Mesti Resit Original Untuk Claim ?

Sebelum ni , saya pernah tulis tentang “Boleh Ke Claim Tanpa Resit Original ? “. Tapi kali ni saya nak bagi pencerahan sikit kenapa claim mesti dengan resit original.

Oh ya, sebelum konfius tahap gaban. Lebih baik saya jelaskan tentang proses claim.

Claim untuk kos rawatan perubatan ni boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu :

  • Claim Menggunakan Kad Perubatan/ Medical Card
  • Claim Tidak Menggunakan Kad Perubatan/ Medical Card

claim insurans resit original

Claim Menggunakan Kad Perubatan

Urusan claim cara ni lebih mudah dan senang. Peserta hanya perlu mendapatkan rawatan perubatan dari hospital panel. Segala urusan akan diuruskan secara lansung antara pihak hospital dan pihak syarikat takaful. Anda sebagai peserta hanya perlu tenangkan diri dan tunggu rawatan je. Jadi tak perlulah semua resit bagai. Sebab urusan tuntutan secara terus.

Sebab tu la saya cadangkan mana-mana yang belum ada kad perubatan tu, ambil le satu hari ni .

Claim Tidak Menggunakan Kad Perubatan/ Medical Card

Haaaa…yang ini lain sikit. Kebiasaannya kes macam ni terjadi bila si peserta pergi mendapatkan rawatan perubatan dari hospital bukan panel. Ataupun untuk rawatan susulan ( outpatient ) . Ini kes biasa sangat dah bagi agent-agent yang lama dalam urusan claim. Oppss..ada je agent takaful yang bertahun-tahun, tapi belum pernah uruskan claim. So kena jelas la ye maksud saya ni.

Untuk urusan claim macam ni, tuan puan memang kena sediakan resit asal pembayaran .Kalau tak memang tak boleh claim. Kalau boleh pun, sukar dan sangat merumitkan. Saya pernah kongsikan pengalaman saya dalam menguruskan claim tanpa resit asal ni. Boleh kodek-kodek artikel saya sebelum ni.

Berbalik kepada topik asal iaitu kenapa mesti resit original? Tak boleh ke bagi resit salinan je.

Sebenarnya ada sebab kenapa syarikat insurans mohon tuntutan hanya melalui resit asal. Antara sebab paling utama ialah untuk mengelakkan “aktiviti double claim”. Kenapa ? Contohnya begini :

Che Ta dapatkan rawatan di hospital. Kos rawatan yang dikenakan RM3000. Dengan resit asal, Che Ta tadi pun pergilah claim balik dari syarikat insurans. So, syarikat bayar.

Katakan la kalau salinan resit pun boleh je guna untuk claim. Apa akan jadi?

Haaa..Semestinya Che Ta ataupun sesiapa sahaja akan buat banyak salinan resit dan claim dari banyak syarikat insurans. Kebetulan Che Ta ambil 5 polisi kad perubatan dari 5 syarikat berbeza ( contohnya Takaful Ikhlas, MAA Takaful, Great Eastern Takaful, AIA Public Takaful dan Prudential BSN Takaful ) dan apalagi…Che Ta pun claim le dengan resit salinan tersebut. 5 claim RM3000/claim bersamaan dengan RM15000. Perghh!!!!! bayar 5 polisi tak sampai pun RM700/bulan dah boleh buat untung RM15000. Itu kalau claim RM3000, kalau claim tu RM10000?

Bukan Che Ta je, yang pasti ramai la akan buat perkara yang sama dan tunggu cukup tahun, syarikat takaful semua boleh bungkus.

Itulah sebab munasabah kenapa hanya resit original yang diperlukan ( Resit Original ni hanya satu salinan je.. takde print banyak-banyak ).

Ps : Che Ta ni Rozita Che Wan ye. Takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang baru lahir. Selamat tahun baru dengan Azam Baru !!!!

Komen Melalui Facebook Disini

Leave a Reply