Ingin Jadi Agent Takaful, Tapi Takut Dengan Pelbagai Risiko?

peluang kerjaya agent takaful

Anda sedang mencari-cari peluang kerjay yang lebih baik dari kerja sekarang ?

Anda berada di laman yang betul. Saya seperti anda juga dulu-dulu. Kisah 3 tahun yang lalu. Namun saya sekarang berada di posisi yang lebih baik dari sudut kewangan, keluarga, kerjaya dan banyak lagi. Kerjaya sebagai agent insurans ini sangat MENYERONOKKAN. Dulu, saya pandang sebelah mata je orang yang jadi agent ni. Sampailah saya menghadapi sindrom-sindrom ni. Apa sindrom tu ?

  • Anda merasa bosan dengan kerja sedia ada atas sebab tiada kemajuan diri yang cepat dan memberansangkan

  • Anda merasa sakit hati terhadap politik murahan di ofis. Banyak sangat kipas & aircond di sekeliling bos.

  • Anda merasa terlalu banyak masa lapang yang selalu dibazir-bazirkan.

  • Anda merasa jemu dengan kehidupan 8 -5. Pergi kerja waktu gelap, balik kerja dah gelap. Income & gaji masih gelap

  • Anda ingin mencuba sesuatu yang lebih mencabar & unik serta menguntung untuk jangka masa panjang

  • Anda ingin mencari pendapatan tambahan akibat bebanan hutang dan kos sara hidup yang semakin menekan

  • Anda hampir berputus asa dengan perniagaan sedia ada. Terlalu banyak kos & masa yang telah dikorbankan tapi kehidupan kosong

  • Anda ingin membina rangkaian perhubungan yang luas untuk menjadi orang terkenal suatu hari nanti

  • Anda suka mengajar dan bersembang tapi terkongkong akibat kekangan kerja ditempat kerja

  • Anda mempunyai IMPIAN tapi kabur tentang bagaimana menggapainya. Kini tinggal menjadi ANGAN-ANGAN.

Jika YA, anda memang orang yang selayaknya menyertai bidang kerjaya ini.

 

Apa Yang Bestnya Jadi Agent Insurans Ni ?

Kalau nak senaraikan memang banyak. Tapi saya ringkaskan di sini berdasarkan pengalaman 3 tahun saya.

  1. Pendapatan tak terhad. Lagi rajin lagi banyak. Buat masa ni, komisen setiap bulan saya sudah melebih 2 bulan gaji semasa saya kerja bank dulu.

  2. Cuti tapi gaji tetap jalan. Ini lagi best sebab saya memang suka cuti. Walaupun cuti, komisen tetap masuk sebab komisen tahun semasa akan dinikmati selama 6 tahun berturut-turut

  3. Masa kerja yang sangat fleksible. Saya sendiri tetapkan masa untuk saya kerja. Tak perlulah lagi nak taat waktu 8 pagi 6 petang tu. Kadang-kadang saya kerja cuma 1 jam je sehari.

  4. Gajet-gajet dan percutian luar negara percuma. Yang ini pun best juga. Saya fokus pada menambahkan pendapatan dan secara tak lansung syarikat akan hadiahkan setiap bulan hadiah-hadiah yang tak dijangka. Iphone, samsung s series, ipad, melancong ke asia dan eropah. Banyak lagi woo

  5. Bonus dapat 2 kali setahun dan bersamaan biasanya hampir 4-5 bulan komisen. Memang banyak. Tak perlu nak jaga KPI sangat. Fokus pada memberi khidmat yang baik kepada client

  6. Ramai kawan dan kenalan. Ya. Semenjak jadi agent ni, saya ada ramai kenalan dari dato sampai la ke orang-orang biasa. Engineer, doktor, prof, arkitek, polis dan macam-macam lagi. Rangkaian kenalan yang besar amat bagus untuk modal perniagaan apa saja.

Bos & BMW F10 baru beli

Bos & BMW F10 baru beli

macbook

Hadiah Macbook & Monopod

ipad

Hadiah Ipad

cuti luar negara

Cuti-cuti Prudential

samsung

Hadiah Samsung S 3

bos

Bersama teman-teman setia

Berminat Tapi Bagaimana Nak Mula?

Mari kita berbincang dulu. Saya boleh bantu anda mengenali matlamat dan apa langkah-langkah yang perlu dibuat. Semuanya akan terjawab. Oh ya, anda takut nak terjun dalam bidang ni secara sepenuh masa? Boleh je buat secara separuh masa.

Tapi Kalau saya nak buat FullTime, Macammana nak ‘survive’?

Kalau pun sebelum ini anda mungkin tidak mempunyai komitmen kewangan yang tinggi, anda pasti akan risau tentang jumlah ‘gaji’ yang belum pasti lagi dalam bidang perniagaan ini. Sama macam saya. Risau. Kebiasaan yang pernah bermain di kepala agent takaful satu masa dulu.

Ambil Skim ‘Gaji’ !
Haaaa… Apa nak risau. Jika anda memang mempunyai minat yang mendalam, atau keinginan yang meluap-luap untuk menjadi usahawan, anda boleh mulakan bidang perniagaan ini dengan memilih skim gaji yang ditawarkan. Di Prudential, skim ‘gaji’ ataupun AFS ( Agency Financing Scheme) adalah satu bentuk insentif galakan kepada mereka yang ingin menjadi agent takaful sepenuh masa. Dengan tempoh masa tertentu yang diberikan, agent takaful yang baru bermula sememangnya dapat menyesuaikan komitmen kewangan semasa.

Contohnya salah seorang rakan saya yang merupakan seorang executive bank. Beliau memilih untuk meninggalkan kerja tetap di bank. Walaupun 3 tahun menapak di bank, keinginan untuk mencari sesuatu yang baru, membina, dan mencabar serta cerah masa depan membuatkan beliau ingin segera menjadi agent takaful sepenuh masa. Beliau sudah berumahtangga dan ada seorang anak. Keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan kerjaya sebagai agent takaful sepenuh masa bukan satu perkara mudah. Komitmen kewangan sudah ada. Bahkan bukan sedikit.

20131119-223710.jpg

Penyelesaiannya ialah dengan memilih skim gaji yang ditawarkan. Berbekalkan beberapa syarat mudah yang perlu dipenuhi, skim gaji tersebut sedikit sebanyak membantu beliau untuk menguruskan komitmen kewangan semasa. Sehinggalah beliau dapat mencari rentak dan membina rangkaian perniagaan yang besar.

Boleh Naim Terangkan Sikit Lagi ?

Boleh saja. Ini ebook percuma saya tentang kerjaya dalam takaful. Kalau nak faham, eloklah baca ebook ni. Nipis je pun. Saya buat khas untuk sesiapa sahaja yang berminat nak menceburi bidang ni. Silakan DOWNLOAD sekarang sebelum saya ubah fikiran untuk tutup terus. Hehehe.

Ps : Sekarang dah ada 14 ribu orang agent dan bisnes ini tetap hidup subur. Jangan risau. Rakyat Malaysia ada 25 juta. Tak sampai 1% pun agent yang ada. Nak mula, mula sekarang! Download cepat.

quotation takaful prudential

Komen Melalui Facebook Disini

Leave a Reply