Kerjaya Sebagai Agent Takaful Prudential : Ciri & Manfaat

Salam semua. Syukur. Hari ini saya masih berkesempatan menulis dan anda masih berkesempatan untuk membacanya. Saya dah lama terfikir untuk menulis 1 koleksi artikel yang lengkap secara bersiri bagi topik menjadi agent takaful prudential ni. InsyaAllah ini kiranya permulaan pertama saya. Harus diingat ya :) “Biar lambat bermula dari tidak”. Bak kata orang kampung saya , lihat imej di bawah.

BETTER LATE THAN NEVER

Samada sedar atau tidak, hampir berlalu setahun saya menjadi agent insurans yang mempromosikan produk Takaful Prudential BSN Takaful. Pejam celik je. Memang cepat masa berlalu. Soalnya, semakin kita tua, semakin hampir atau jauh kita kepada impian dan matlamat kita? Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa arah. Sesat le di tengah lautan nun. Matlamat tanpa usaha yang munasabah pula umpama angan-angan si Mat Jenin. Taman di hati untuk tuan puteri, tapi kerja sekadar mengutip kelapa sehari-hari. :) Dari pengamatan agent-agent lain, setahun pertama adalah tempoh survival seseorang agent. Kalau si agent tu dapat kekal, tahun kedua pula tahun penentuan.

Lebih kurang macam ni la. Setahun pertama tu tempoh percubaan. Bukan senang tau. Hahaha. Memandangkan ramai diluar sana yang skeptisme dengan Insurans, susah nak dapat client. Kalau tak percaya, cuba la tanya diri sendiri apa perasaan apabila diganggu dengan phone call agent-agent insurans ni. Naik menyampah kan? Hahaha. Apapun itu hak kita sebagai pengguna untuk menyampah dengan panggilan-panggilan yang tak diperlukan. Cuma nak bagitau kat sini, itulah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh agent-agent insurans di tahun pertama. Kebiasaannya ini berlaku kepada agent-agent yang masih belum mempunyai tapak yang kukuh dalam bidang ni. semakin masa berlalu, tapak semakin kukuh. Client semakin banyak. Masa tu orang ramai pula akan mencari insurans dari si agent tu. Haaa..keadaan tu dah terbalik. Inilah yang dihadapi oleh agent-agent otai diluar sana.Menarikkan ?

Baik. Perkongsian saya seterusnya berdasarkan artikel-artikel di bawah. Saya bahagikan kepada 2 kategori iatu :

Setiap satu topik di atas akan saya huraikan dalam artikel-artikel mengikut tajuk. Chewaaa…Macam cikgu pula ( dulu memang ada impian nak jadi cikgu ).InsyaAllah harap-harap lebih ramai yang akan mendapat manfaat dari perkongsian saya ini.

Ps: Berminat untuk tahu lebih dekat tetang dunia takaful? Hubungi saya untuk khidmat nasihat berbayar ( teh tarik satu..hehehe )

agent takaful

Komen Melalui Facebook Disini

Leave a Reply