Takaful Ikhlas Vs Prudential BSN Takaful ?

Dec 09

20111209-214147.jpg

Salam hormat,

Sebagai seorang peserta untuk kedua -dua produk takaful di atas, saya ingin berkongsi kelebihan kedua-dua produk yang ditawarkan. Yup… Kelebihan, bukannya keburukan ataupun mana satu yang lebih baik. Walaupun tajuk artikel ada tertera perkataan “versus” , perlawanan di antaranya tidak ada sesiapa pun yang menang . Biar menang di hati sendiri saja la kan?

Saya mula mengenali Takaful Ikhlas secara lebih dekat ketika saya mula bekerja di bank. Oleh sebab membaca & menonton hal-hal berkaitan pengurusan kewangan peribadi, saya akhirnya memahami kepentingan takaful dan maknanya dalam hidup seseorang. Pada mulanya saya pun tak kisah sangat. Ye la kan. Menyertai takaful atau membeli polisi insurans bukannya popular sangat di kalangan masyarakat melayu. Ia bagaikan komitmen yang membebankan dan satu pembaziran. Namun itu dulu la :) setelah saya faham dan sedar, insurans atau takaful adalah perkara asas yang patut ada bagi setiap orang yang mampu. Kenapa? Saya ada tuliskannya sebelum ini dalam artikel-artikel seperti dibawah

Kemudian, saya mendapatkan polisi kedua takaful saya dari Etiqa Takaful. Yang ini saya taknak cerita lebih lanjut sebab saya langgan melalui talian phone saja dan terasa kurang bijak :)

Setelah setahun mendaftar, saya bertemu pula dengan member lama. Kebetulan beliau adalah agen dari Prudential. Saya pada mulanya berasa xukup hebat sebab sudah memiliki insurans sendiri. 2 polisi lagi tu..hoho.. Namun, akhirnya saya menyerah kalah kerana polisi-polisi yang saya ambil sebelumnya tidak cukup lengkap untuk diri saya. Perlindungan komprehensif dengan caruman yang berpatutan adalah apa yang saya cari. Pada waktu tersebut, saya mula berfikir kenapalah saya perlukan kad perubatan dari syarikat insurans sedangkan majikan saya telah sediakan kemudahan rawatan perubatan percuma untuk pekerjanya . Tetapi, akhirnya saya sedar. Yup… Sedar dan nampak kenapa perlindungan insurans begitu signifikan dan menjadi keperluan pada saya. Nak tahu apa yang selalu saya fikirkan dulu sehingga mengaburi kesedaran awala saya? Haaaa…ini dia

1) kenapa perlukan insurans/ takaful hayat jika perlindungan sehingga umur pencen sahaja? – majikan saya dah sediakannya. Lagipun perkeso kan ada jika sesuatu yang buruk berlaku? – perlindungan saya melalui takaful ikhlas sehingga umur 55 tahun sahaja

2) kenapa saya perlukan kad perubatan peribadi sedangkan majikan juga sediakannya sehingga usia bersara? – saya persoalkan kelebihan kad perubatan prudential bsn takaful

3) kenapa saya perlu simpan wang saya ditakaful sedangkan saya boleh dapat untung lebih banyak dari bank? – saya gilakan emas dan silver. Hehehe…tapi senang je duit simpanan dikeluarkan bila terasa sikit susah. Macammana la nak simpan lama-lama

4) kenapa ada polisi takaful yang mampu tawarkan pelindungan sehingga RM200,000 dengan bayaran RM41 sahaja sebulan- ini polisi takaful dari etiqa takaful. Ooowhhh..ia polisi personal accident rupa-rupanya.

Akhirnya, semua soalan tersebut terjawab apabila saya kembali menyelidik dan setelah bertemu dengan rakan lama saya tersebut. InsyaAllah saya akan menulis semula dalam artikel terbaru untuk berkongsi jawapan yang saya dapat bagi setiap soalan-soalan yang pernah menjadi keraguan saya satu masa dahulu . Selamat berfikir :)

Ps : ingin mendapatkan khidmat nasihat terperinici tentang takaful dari saya :) , hubungi saya segera untuk perkhidmatan nasihat percuma segera

PDF Creator    Send article as PDF   

Komen Melalui Facebook Disini

  1. salam,,saya memang sedang berkira-kira utk bli insuran,,tp,,sy xtaw nk pilih antara etiqa ngan prudential,,

  2. wslm…Cik fara boleh buat perbandingan sendiri dengan cara menghubungi hospital2 pakar di sekitar lembah klang atau yang cik fara tahu. Tanya pihak hospital antara kad perubatan Etiqa dan Prudential, yang mana satu pihak hospital lebih senang terima…InsyaAllah cik Fara akan dapat jawapannya.

    Untuk pertanyaan lanjut, cik fara boleh hubungi saya di 017-329 3028.

  3. salam…lau saya, saya plih prudential sbb saya agent prudential..lau brmnat or nk dgr..juz bgtau..free je..tok info jela.

  4. Keputusan ditangan anda pilihlah yang terbaik untuk anda dari segi simpanan dan perlindungan InsyaAllah. Setiap sesuatu ada kelebihan ada kekurangan tiada yang sempurna.

    (013-5898876 Kamel)

  5. huda8109 /

    salam semua.. sebenarnya semua insuran bagus. cuma bergantung pada diri kita. Kalau nak ins yang bila meninggal, waris dpt duit banyak..Sykt ins yang cover mcm tu memang banyak dan bayaran pun murah. Tapi berbanding PRUBSN TAKAFUL yang lebih mementingkan manfaat yang boleh diperolehi ketika hayat masih ada. tak kira akibat penyakit @ kemalangan. kita dapat rasa apa yang kita bayar. kalau terus meninggal senang cerita.. tapi kalau sakit melarat?…mcmmane

    senang cakap bila ada Mcard PRUBSN kalau sakit tak menyusahkan orang..ok.just share..

  6. shahrazat /

    Ingin membeli insurance prudential takaful bsn dan ingin tahu berkenaan ;

    Perbandingan ketara antara takaful etiqa dan insuran terkini seperti alliaze, aia dll.

    Macam mane nak cari agen yang terbaik untuk membeli polisi

  7. norlaila /

    Betullah tu, Prudential Takaful menyediakan plan Bil Perubatan Percuma di hospital panel atau mana-man hospital sehingga RM 500 000, dengan caruman cuma RM 100 sebulan dan simpanan seumur hidup, sakit atau pun sihat sebab dia ada automatic premium paid kalau sakit hingga tak mampu bekerja.
    hubungi saya di fb norlaila taib. he…he…he.. sori tumpang laluan, rasa nak komen sangat ni….

Leave a Reply

8 visitors online now
2 guests, 6 bots, 0 members
Max visitors today: 10 at 02:48 pm UTC
This month: 20 at 05-15-2012 06:42 am UTC
This year: 31 at 01-23-2012 06:16 am UTC
All time: 87 at 04-02-2011 04:37 pm UTC
Better Tag Cloud