Kenapa Adenovirus Menyerang Polis?

Petang ini, semasa jari jemari galak menaip mencari info semasa, hujan baru saja reda. Dalam cuaca sebegini, ramai yang sedang atau bakal mengalami batuk-batuk dan demam. Saya juga selesema dan batuk-batuk. Simptom biasa . Namun, sebentar tadi saya merajinkan diri untuk melihat sekitar isu semasa yang dihadapi negara dan tersentak. Rupa-rupanya disebalik kesibukan kita, 2 wira penjaga keselamatan negara telah pun meninggal dunia akibat Adenovirus.

Adenovirus?Apa itu Adenovirus? Kenapa Adenovirus? Bagaimana Adenovirus membunuh? Adakah Adenovirus mudah berjangkit?

Bertubi-tubi soalan di atas menyerang kotak pemikiran saya. Meskipun diri bukan pelajar perubatan :), ia bukan satu kesalahan untuk mencari ilmu pengetahuan mengenainya. Justeru, saya meng”Google” disekitar mencari input-input bermanfaat untuk kegunaan bersama.

Adenovirus?

Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.- Cina Islam

Adenoviruses is a group of viruses that infect the tissue linings of the respiratory tract, the eyes, the intestines, and the urinary tract. Adenoviruses account for about 10% of acute respiratory infections in children. They are a frequent cause of diarrhea. – Mama’s Health

Saya letakkan dua sahaja definisi yang saya dapat dari internet. Sesuatu yang mengejutkan saya , rupa-rupanya virus ini juga dilaporkan pernah menyerang sekumpulan militari dan masyarakat awam di US pada tahun 2007. Aneh bukan? Di sini, virus menjangkiti pelatih polis dan di US sana, ia pernah menyerang sekumpulan askar. – MedicineNet

Jangkitan Adenovirus ( Ad14 ) dilaporkan jarang-jarang berlaku dan kesnya juga adalah terpencil. Mungkin itulah sebab Menteri Kesihatan kita mengeluarkan kenyatan seperti berikut:

“Liow berkata, kejadian itu hanya terhad di kalangan pelatih di PULAPOL dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai penularan jangkitan ini di dalam masyarakat.” – berita harian 10/3/2011

Antara gejala-gejala yang ditunjukkan oleh jangkitan virus ini ialah :

  • Common Cold ( selesema, bersin )
  • Sakit Tekak
  • Bronkitis
  • Cirit-birit
  • Conjuctivitis
  • Demam

Oleh kerana kita semua sedang menghadapi musim hujan yang tak menentu, sama-samalah kita menjaga kesihatan masing. Dalam cuaca sebegini, simptom-simpton diatas boleh mengelirukan kita dengan jangkitan Adenovirus. Justeru berhati-hatilah. Sungguhpun nasihat Menteri Kesihatan supaya masyarakat awam tidak panik, amalan penjagaan kebersihan diri perlu dititkberatkan. Jangan sesuka hati bersin tanpa menutup hidung dan mulut. Virus mudah tersebar dari batuk dan bersin.

 

Semoga semua sihat selalu….

Komen Melalui Facebook Disini

Leave a Reply