Belum Terlambat Untuk Berubah!

“It’s never too late to become the person you might have been.”– George Elliot

Semalam 27 September adalah ulangtahun kelahiran saya. Berlalu sudah 24 tahun saya menetap dibumi ,menghirup oksigen,memandang langit, melata di tanah dan sebagainya. Hakikatnya 24 tahun itu sudah saya habiskan. 24 tahun itu saya maksimakan kegunaannya untuk memahami erti kehidupan,kasih sayang, kebaikan. 24 tahun itu juga saya bazirkan dengan angan-angan kosong, berbuat kejahatan, berfikiran kurang matang. Saya yakin antara kita, semuanya mengalami perasaan,pengalaman dan pemikiran yang hampir sama. Kini,masa yang tinggal adalah untuk perubahan. Siapa tahu antara kita, ajalnya datang lebih awal atau kurang-kurang seminit terbelakang?

Semalam, belum tentu kita ingat apa yang kita telah lakukan.

Esok, belum tentu juga kita tahu apa yang bakal kita lakukan.

Justeru, inilah saat terbaik untuk melakukan perubahan. Perubahan bermula dengan pilihan. Pilihan adalah milik semua insan. Pilihan yang baik, natijahnya kejayaan. Pilihan yang sebaliknya pula pasti menuju kepada kerosakan.

ps: Selamat hari ulangtahun kelahiran pada semua yang tarikh lahirnya tanggal 27 September :) .

Komen Melalui Facebook Disini

Leave a Reply