eBay Seller : Pengalaman Pos Barang Fizikal Ke Luar Negara

ebay seller : barangan fizikal di pos malaysia

Jam 11 hari Isnin. Dengan sedikit ruang masa rehat yang ada, saya loloskan diri untuk menghantar barangan fizikal yang terjual di eBay ( walaupun dah kena banned ) . Prosesnya tak lama cuma membosankan jika ramai orang yang berurusan di pejabat Pos. Oh ya, untuk urusan penghantaran ini saya gunakan khidmat Pos Malaysia sahaja. Rasanya belum sampai lagi kemampuan untuk menggunakan khidmat pos lain seperti UPS, DHL, FEDEX atau sebagainya. Almaklum penjual kecil-kecilan yang mencari lebihan sesuap nasi setiap hari.

Untuk menghantar barangan ke luar negara, saya gunakan khidmat Pos Daftar ataupun Registered Mail. Registered Mail ini menyediakan nombor jejak atau lebih popular dikenali dengan ‘Tracking Code” . Hehehe. Senang sebut Tracking Number je. Nombor ini penting. Inilah satu-satunya cara untuk menjejak barangan, mengelakkan dari kena ‘dispute eBay atau PayPal” dan satu-satunya bukti yang masih tinggal untuk berurusan dengan pihak pejabat Pos.

Perkara Penting :

  1. Caj penghantaran atau harga setem berdasarkan berat barangan dan lokasi penghantaran.
  2. Ada barangan yang perlu menggunakan borang hijau atau “Custom Declaration“.
  3. Untuk Pos Daftar, harga terkini untuk satu nombor ialah RM4.10

Justeru, ketika berurusan di kaunter pos, saya serahkan bungkusan barangan untuk ditimbang terlebih dahulu dan harga setem akan dikira berasaskan berat dan lokasi penghantaran. Kelazimannya barangan yang berat sekitar 200 gram dan dihantar ke lokasi eropah akan dicaj sekitar RM17.20. Ada juga yang harganya cuma RM10.50 . Ikut nasib jugak. Tempoh hari, saya di caj pada harga setem RM12.50 untuk penghantaran ke Netherlands. Hari ini penghantaran untuk ke lokasi yang sama dengan berat yang sama ialah RM10.50. Cuma staff pejabat pos yang berbeza saja. ;) Nampak gaya DOA dan Nasib ada peranan dalam urusan ni. Jika nasib anda baik, dapatlah jimat RM2. Susah untuk mendapat kalkulasi sebenar kos penghantaran barangan jika tidak ada pendedahan rasmi. Apa yang dipaparkan di www.pos.com.my itu berbeza bangat. Hohoho. Kos penghantaran yang tertera lagi mahal berbanding yang sebenarnya. Kos penghantaran ini perlu dibayar pada masa tersebut juga untuk mendapatkan setem-setem yang bernilai setara dengan kos penghantaran. Inilah kali pertama saya menggunakan setem RM10..hahaha. Tobat tak pernah sentuh pun sebelum ni setem yang harganya tinggi sampai begitu sekali.

POs daftar untuk barangan fizikal eBay

Kemudian, untuk melanggan khidmat pos berdaftar, bayaran sebanyak RM4.10 akan dikenakan. Anda akan diberikan satu sticker besar yang tertera didalamnya ‘Tracking No.” . Nombor inilah yang boleh digunakan didalam website pos.com.my untuk menjejak barangan sewaktu penghantaran. Tambahan, nombor ini berguna untuk penerima membuat semakan dengan pejabat pos di negara mereka sekiranya barangan telah tiba di tempat mereka.

Satu lagi, borang hijau atau Custom Declaration pun perlu juga. Ikutkan apa yang dicakapkan oleh staff pejabat pos tadi, tak semua barang perlu guna borang hijau ini. Apapun beliau nasihatkan saya untuk guna borang tersebut. Mujur staff tu bagi lebih sikit. Hehehe.

Oh ya, satu lagi nasihat yang saya dapat dari staff pejabat pos tadi ialah jangan lupa tulis nama dan alamat sender di bahagian belakang bungkusan anda. Tujuannya sekiranya barangan tidak sampai kepada penerima, ini akan memudahkan pihak pejabat pos untuk memulangkan kembali barangan yang dihantar tadi. Perkara mudah saja tapi pasti ramai yang tak endahkan. Betul tak? Sudah lebih 10 bungkusan sebelum ini yang dihantar ke luar negara tidak ditulis alamat pengirim di belakangnya. Hehe. Jahil katakan. Apapun itu ilmu yang sangat berguna. Sekali buat silap, takkan berkali-kali nak buat silap.

Ps : sekarang terpaksa lupakan eBay buat sementara waktu. Perlu peram akaun backup yang ada selama 3 bulan untuk kembali aktif.

Komen Melalui Facebook Disini

3 thoughts on “eBay Seller : Pengalaman Pos Barang Fizikal Ke Luar Negara

  1. JohariHuda

    assalamualaikum..salam pengenalan,
    kerja mengepos brg2 ke pejabat pos memang sgt merumitkan..mcm2 pengalaman kami berkaitan dgn pos begini.semoga kita dpt kongsi pengalaman bersama2..diharap saudara dpt turut singgah ke blog baru kami. terima kasih

  2. zue

    owh..terima kasih kerana sudi bkongsi pengalaman.
    saya pon baru nak bjinak2 dengan ebay.
    pening gak nak pilih jenis penghantaran.perkhidmatan menghantar barang ke luar negara ada tak di pejabat pos mini ya?

Leave a Reply