B001 : Ebay Registration Suspension – Tahniah!

Sudah agak lama tak menulis di sini. Sibuk. Almaklum bulan Ramadhan. Kerja di pejabat banyak yang tak terkejar. Dah bertangguh-tangguh jadinya. Tambahan pula permohonan pelanggan untuk pembiayaan peribadi terutama dari sektor awam meningkat-ningkat. Kalau siangnya sibuk dengan kerja, malam pula perlu diperuntukkan untuk menghidupkan ramadhan. Itulah sebabnya perasaan nak menulis di sini dibiarkan berlalu.

Ramadhan hanya tinggal seminggu. Bulan yang penuh rahmat ini akan berlalu pergi. Banyak catitan dan pengalaman manis + pahit dalam bulan ni. Dari keseronokan melayan eBay, mengikuti kelas CPA, bertengkar di tempat kerja sehinggalah mendapat surat cinta dari eBay. Semuanya diharungi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Lebih kurang seminggu lalu, saya sibuk melayan keseronokan eBay. Begitu mudah nak cari duit tambahan dari internet ni sebenarnya. Dari menjadi ‘orang tengah’, sehinggalah membungkus sendiri barang jualan untuk dihantar ke lokasi pembeli. Merata-merata pembeli ni. Penghantaran melibatkan pembeli-pembeli dari UK, US, el Salvador, Chile, Sweeden bahkan dalam Malaysia sendiri. Seronok sebab ini ilmu yang susah nak dapat. Pengalaman berurusan di pejabat pos. Itupun ilmu jugak. Tak sangka begitu mudah mencari wang diinternet. Sehinggakan saya yang newbie ( niubai ) eBay berjaya menghasilkan jualan mencecah RM800 sehari. Itupun masih ramai pembeli yang tak membayar. Sekadar ‘joybidder’. Apa nak buat. Sudah menjadi lumrah.

Namun, kata orang panas tak selalunya berpanjangan. Sehari lepas, saya menerima surat cinta dari eBay. Surat cinta yang sangat dibenci oleh ramai penjual di eBay. Itulah surat cinta ” Ebay Registration Suspension”. Hohoho… Masih berbaki 12 barangan yang akan terjual dengan jualan yang pasti mencecah RM1000 berkubur begitu sahaja. Mulanya , nak putus asa. Tetapi apabila difikirkan sebaliknya, semuanya pasti ada hikmah yang bermakna. Hehe.. Ini ilmu yang sangat berguna.

Maka bermulalah satu lagi episod dalam hidup saya yang telah pun dilalui ramai penjual tegar ebay. Pagi ini, baru selesai membuat rayuan. Katanya akaun eBay saya di’suspen’ atas sebab ada kaitan dengan akaun ebay yang lama ( akaun tu dah lama kena suspen). Jadi, belum pasti keberhasilan rayuan tersebut. Apapun, saya perlu berusaha . Dalam keadaan macam ni, strategi untuk mencari duit dari ebay terpaksa ditangguhkan seketika (barangkali sehari dua sahaja ). Sungguhpun begitu, ia bukan bermakna individu seperti saya perlu terus melupakannya. Masih ada jalannya. Itulah yang sedang saya fikirkan.

4 Bulan lagi bakal dilalui sebelum menutup tirai 2010. Terus berusaha!!!

Komen Melalui Facebook Disini

Leave a Reply