Tips Kijang Emas : Berduit & Murah

Inilah tips paling utama membeli syiling emas ( Kijang Emas ). Nampak bagai mengarut. Tetapi inilah asas dan dasarnya. Tips ini boleh diaplikasikan pada semua keadaan dan pada semua barang.

Oleh kerana kijang emas ( syiling emas ) adalah emas, harganya turut bergantung kepada harga emas di pasaran dunia. Dalam ayat yang mudah, jika harga emas dunia naik, maka harga syiling Kijang Emas akan turut naik. Begitulah sebaliknya.

Bagaimana harga emas dunia ditentukan ?

Secara digit, ia melibatkan perkara-perkara teknikal. Namun secara umum, harga emas bergantung kepada situasi semasa ekonomi dunia. Jika anda dapat membaca keadaan ekonomi dunia selangkah ke hadapan, anda boleh membuat jangkaan samada harga emas akan melonjak ataupun menjunam.

Emas 2 Tahun

Berpandukan graf 2 tahun emas, ada sesuatu yang boleh kita pelajari. Sebagai contoh, sejak akhir-akhir ini naim membaca dan mendengar dari pelbagai berita tentang khabar ekonomi dunia yang sedang kembali pulih. Begitu juga berita-berita sebaliknya. Antara yang terkini ialah makluman dari pihak BNM tentang kadar dasar semalaman (OPR) Malaysia telah dinaikkan kepada 2.25%. Adakah semua ini akan mempengaruhi harga emas? Semestinya ya. Cuma apa yang berlaku di Malaysia tidak memberikan impak besar kepada harga emas dunia. Kenapa? ;) Sebab Malaysia ni pemain kecil je dalam emas dunia…hehe

Untuk melihat sumber-sumber kepada naik turun harga emas, naim akan melihat kepada apa yang sedang dan bakal terjadi kepada :

  • keadaan matawang dollar ( semestinya ekonomi US )
  • situasi ekonomi,politik, & berita semasa dari negara-negara yang mengeluarkan emas
  • perayaan-perayaan keagamaan,adat,dll

Oleh sebab matawang Dollar mempengaruhi secara lansung harga emas, naim akan sentiasa merujuk keadaan ekonomi semasa US sekurang-kurangnya seminggu sekali. Antara berita yang selalu naim cari berkenaan US adalah berita kadar pengangguran dan dasar yang diumumkan oleh pentadbiran Obama. Bukan sahaja pengaruh terhadap harga emas dunia, malahan pengetahuan naim akan lebih meluas dengan bacaan tersebut. Anda juga boleh buat begitu.Sekarang ni mudah saja nak dapatkan maklumat. Hanya perlu menghadap internet, maklumat-maklumat tersebut mudah diperolehi. Contoh , apabila US mengumumkan untuk menyuntik $7 trillion dalam ekonomi mereka pada september 2009, nilai emas semakin menaik kerana kurang keyakinan pelabur untuk terus memegang dollar sebagai simpanan. Keadaan ini bukan sahaja mempengaruhi orang ramai, bahkan ia mempengaruhi institusi-institusi kewangan ( big player ). Antara contoh terkini ialah pengumuman IMF ( International Monetary Fund ) untuk menjual 190.13 metrik tan emas mereka. Sehingga kini desas desus mengaitkan pembabitan China untuk membeli emas tersebut. Nantikan je apabila ada “Big Player” yang membeli emas tersebut, harga emas akan terus melonjak lagi. Waktu tu bukan waktu yang sesuai nak beli emas :) Sebab harga tengah naik..tak gitu?

Ini pula gambarajah carta pai keluaran emas dari 10 negara pengeluar terbesar emas. Oleh kerana emas adalah hasil galian yang terhad pengeluarannya, sebarang situasi buruk yang dialami negara pengeluar emas ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi harga emas di pasaran dunia. Begitu juga dengan situasi yang baik. Sebagai contoh , FIFA 2010 yang akan datang nanti akan diadakan di Afrika Selatan. Semestinya festival bola terbesar dunia ini yang diminati hampir separuh dunia akan memberi kejutan pada ekonomi Afrika Selatan. Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang baik, kesan-kesan pro dan kontra akan mempengaruhi harga emas semasa dunia pada masa tersebut. Begitu juga dengan keadaan terbaru bencana alam di Chile ( Chile salah sebuah negara pengeluar emas juga ) . Boleh dikatakan bencana alam yang berlaku memberi kesan secara tidak lansung terhadap penawaran emas sekaligus kesan terhadap harga emas dunia.

Selain itu, naim juga suka melihat “perayaan-perayaan” masyarakat dunia setiap tahun. Antara yang paling sinonim dengan emas ialah perayaan-perayaan di India. Antara salah satu perayaan masyarakat India yang memberi pengaruh terhadap emas ialah Perayaan Diwali. Dijangka pada tahun ini perayaan tersebut akan diadakan pada awal November 2010. India adalah antara negara pembeli emas yang terbesar. Pengaruh dari permintaan negara ini memberikan kesan secara lansung terhadap pasaran emas dunia.

Ok..panjang juga naim menulis ni.

Apa yang telah naim sebutkan di atas, semuanya berkaitan dengan ‘Fundamental” yang memberikan kesan besar terhadap perubahan harga emas dunia dalam jangka masa yang panjang. Jika naim ingin merujuk kepada pergerakan harga emas harian, naim akan terus merujuk graf semasa dari Kitco.com . Mudah!.. Sungguhpun naim jahil tentang teknik-teknik “analisis teknikal”, naim yakin ramai yang boleh membuat ramalan masing-masing berdasarkan situasi ekonomi semasa dunia dan garis-garis di atas graf harga semasa emas dunia :)

[Most Recent Charts from www.kitco.com]
lihat pelbagai graf 24jam,1bulan,1tahun emas dunia di Kitco.com

Namun, hanya membaca dan mengetahui keadaan semasa adalah tidak memadai jika poket tidak berisi :) Ini perkara penting. Bagi naim, belilah emas sewaktu ada lebihan duit dalam bank. Kalau tak ada, berpada-pada lah. Ingat! lebih baik mengelak dari berhutang untuk membeli emas. Emas adalah alternatif pelaburan yang baik. Emas menyokong dan menyimpan nilai kekayaan dengan baik sekali. Namun ia hanyalah aset yang boleh diklasifikasikan sebagai “Capital Gain”. Beli murah, jual mahal. Aktiviti membeli emas dan menyimpan, hanyalah bertujuan untuk menyimpan kekayaan dan melindungi dari keburukan sistem matawang dunia. Bukan untuk menjangkakan pulangan lumayan setiap tahun. Lain lah jika insan tersebut mebuka perniagaan emas. Keuntungan perniagaan berbeza dengan kenaikan harga emas simpanan. Naim fikir point ini perlu jelas.

Kesimpulan yang naim boleh kongsikan untuk artikel ini ialah belilah emas untuk melindungi wang simpanan. Sebelum beli, lihat dulu keadaan semasa. Jangan membeli disebabkan seronok membeli. Ataupun membeli kerana orang lain beli. Lebih baik kita membeli dengan ilmu. Sebab ‘Money is Knowledge” :)

PS: Terkini (8/3/2010), Australia adalah negara pengeluar emas kedua terbesar.

Komen Melalui Facebook Disini

8 thoughts on “Tips Kijang Emas : Berduit & Murah

  1. Pingback: 4 Tips Membeli Kijang Emas ( Syiling Emas Malaysia ) « Naim Rahim

  2. Pingback: Tips Kijang Emas :Memantau Harga Kijang Emas « Naim Rahim

  3. syahidansaleh

    alhamdulillah…tahun ni saya untung rm 800, tak sia2 beli
    tahun lepas, kira duit raya laa…huhu pokli untung bnyak
    hehehe

  4. Bajet Homestay

    Kijang emas terus melonjak sesiapa yang beli januari 2011 dah untung ikut harga jan 2012. Harga hari ni Rm 1367.jom beli.
    Oh ia kat melaka maybank jln hang tuah ada jual. yang jauh tu kena datang pagi dan call dulu. susah2 nginap je kat Homestay Seri Cempaka, Pringgit Melaka 1.5km je jaraknya. Rujuk http://bajethomestay.wordpress.com atau call je 010-3342414 Affandi….jom beli emas. dijangka harga emas pada tahun 2020 melebihi Rm 500/g

Leave a Reply