Tips Kijang Emas : Berduit & Murah
Inilah tips paling utama membeli syiling emas ( Kijang Emas ). Nampak bagai mengarut. Tetapi inilah asas dan dasarnya. Tips ini boleh diaplikasikan pada semua keadaan dan pada semua barang.
Oleh kerana kijang emas ( syiling emas ) adalah emas, harganya turut bergantung kepada harga emas di pasaran dunia. Dalam ayat yang mudah, jika harga emas dunia naik, maka harga syiling Kijang Emas akan turut naik. Begitulah sebaliknya.
Bagaimana harga emas dunia ditentukan ?
Secara digit, ia melibatkan perkara-perkara teknikal. Namun secara umum, harga emas bergantung kepada situasi semasa ekonomi dunia. Jika anda dapat membaca keadaan ekonomi dunia selangkah ke hadapan, anda boleh membuat jangkaan samada harga emas akan melonjak ataupun menjunam.
Berpandukan graf 2 tahun emas, ada sesuatu yang boleh kita pelajari. Sebagai contoh, sejak akhir-akhir ini naim membaca dan mendengar dari pelbagai berita tentang khabar ekonomi dunia yang sedang kembali pulih. Begitu juga berita-berita sebaliknya. Antara yang terkini ialah makluman dari pihak BNM tentang kadar dasar semalaman (OPR) Malaysia telah dinaikkan kepada 2.25%. Adakah semua ini akan mempengaruhi harga emas? Semestinya ya. Cuma apa yang berlaku di Malaysia tidak memberikan impak besar kepada harga emas dunia. Kenapa?
Sebab Malaysia ni pemain kecil je dalam emas dunia...hehe
Untuk melihat sumber-sumber kepada naik turun harga emas, naim akan melihat kepada apa yang sedang dan bakal terjadi kepada :
- keadaan matawang dollar ( semestinya ekonomi US )
- situasi ekonomi,politik, & berita semasa dari negara-negara yang mengeluarkan emas
- perayaan-perayaan keagamaan,adat,dll
Oleh sebab matawang Dollar mempengaruhi secara lansung harga emas, naim akan sentiasa merujuk keadaan ekonomi semasa US sekurang-kurangnya seminggu sekali. Antara berita yang selalu naim cari berkenaan US adalah berita kadar pengangguran dan dasar yang diumumkan oleh pentadbiran Obama. Bukan sahaja pengaruh terhadap harga emas dunia, malahan pengetahuan naim akan lebih meluas dengan bacaan tersebut. Anda juga boleh buat begitu.Sekarang ni mudah saja nak dapatkan maklumat. Hanya perlu menghadap internet, maklumat-maklumat tersebut mudah diperolehi. Contoh , apabila US mengumumkan untuk menyuntik $7 trillion dalam ekonomi mereka pada september 2009, nilai emas semakin menaik kerana kurang keyakinan pelabur untuk terus memegang dollar sebagai simpanan. Keadaan ini bukan sahaja mempengaruhi orang ramai, bahkan ia mempengaruhi institusi-institusi kewangan ( big player ). Antara contoh terkini ialah pengumuman IMF ( International Monetary Fund ) untuk menjual 190.13 metrik tan emas mereka. Sehingga kini desas desus mengaitkan pembabitan China untuk membeli emas tersebut. Nantikan je apabila ada "Big Player" yang membeli emas tersebut, harga emas akan terus melonjak lagi. Waktu tu bukan waktu yang sesuai nak beli emas
Sebab harga tengah naik..tak gitu?
Ini pula gambarajah carta pai keluaran emas dari 10 negara pengeluar terbesar emas. Oleh kerana emas adalah hasil galian yang terhad pengeluarannya, sebarang situasi buruk yang dialami negara pengeluar emas ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi harga emas di pasaran dunia. Begitu juga dengan situasi yang baik. Sebagai contoh , FIFA 2010 yang akan datang nanti akan diadakan di Afrika Selatan. Semestinya festival bola terbesar dunia ini yang diminati hampir separuh dunia akan memberi kejutan pada ekonomi Afrika Selatan. Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang baik, kesan-kesan pro dan kontra akan mempengaruhi harga emas semasa dunia pada masa tersebut. Begitu juga dengan keadaan terbaru bencana alam di Chile ( Chile salah sebuah negara pengeluar emas juga ) . Boleh dikatakan bencana alam yang berlaku memberi kesan secara tidak lansung terhadap penawaran emas sekaligus kesan terhadap harga emas dunia.



