4 Tips Membeli KIJANG EMAS ( Syiling Emas Malaysia )

Untuk sesiapa yang sedang berfikir ingin membeli KIJANG EMAS ( syiling emas keluaran Malaysia ), naim ingin kongsikan 4 perkara yang selalu naim fikirkan sebelum membuat keputusan membeli syiling emas Kijang Emas.

Untuk pengetahuan semua, Kijang Emas ialah syiling emas yang dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. Bermula pada tahun 2001, syiling ini dikeluarkan dalam 3 saiz, iaitu 1 oz ( Nilai Muka RM200 ), 1/2 oz ( Nilai Muka RM100 ) dan 1/4 oz ( Nilai Muka RM50). Kijang emas ialah syiling yang cantik dan berharga. Naim memang sangat menggemari syiling emas ini. Gambar depan syiling kijang emas ini ialah gambar seekor kijang. Di muka sebaliknya pula ialah gambar bunga raya ( lambang bunga kebangsaan ).

Malaysia adalah negara ke 12 yang mengeluarkan syiling emas sendiri. Kijang emas ini adalah keluaran terhad dan diedarkan hanya oleh Maybank sahaja. Berkenaan ketulenan emas, syiling kijang emas mengandungi 999.9% ketulenan asli emas. Naim pernah membeli kijang emas bersaiz 1oz ( saiz yang paling besar ) dan kijang emas bersaiz 1/4 oz ( saiz terkecil ). OZ ialah singkatan bagi ounce dan dalam ukuran gram ialah 1 oz = 31.105 gram.

1 Troy OZ

Nilai Muka:RM200

Ketulenan Emas :99.99%

Berat Normal :31.105g

Ukurlilit :37.00mm

 

1/2 Troy ounces 1/4 Troy ounces

Nilai Muka :RM100

Ketulenan Emas :99.99%

Berat Normal :15.550g

UkurLilit :28.00mm

Nilai Muka :RM50Ketulenan Emas :99.99%

Berat Normal :7.780g

UkurLilit :22.00mm

Selain dari keunikan syiling emas ini, kijang emas mudah diterima oleh mana-mana institusi kewangan yang menawarkan sistem pajak gadai apatah lagi pengusaha-pengusaha emas kecil-kecilan. Mudah kata, ini syiling emas negara. Memiliki syiling emas ini umpama memiliki sebahagian kecil emas negara.

Untuk memudahkan pembacaan, naim telah pecahkan artikel ini kepada 5 artikel ( termasuk artikel ini ). Pada artikel-artikel yang seterusnya, naim akan kupaskan setiap tips membeli kijang emas. Berikut ialah pautan link kepada 4 tips membeli kijang emas :

  1. Beli sewaktu berduit & harga emas murah
  2. Memantau harga kijang emas
  3. Beli hanya dari yang dipercayai
  4. Kos belian dan risiko keselamatan

Sila klik setiap pautan untuk membaca huraian penuh tentangnya. :) Nak tulis semua disini, risau panjang dan meleret-leret. Jadi naim taknak menulis untuk buku teks sekolah. Mudah-mudahan dengan pecahan ini nanti akan lebih memudahkan capaian pembaca dan mendapat gambaran penuh awal tentang apa yang ingin naim kongsikan.

PS: artikel akan dimasukkan secara berperingkat.

Komen Melalui Facebook Disini

19 thoughts on “4 Tips Membeli KIJANG EMAS ( Syiling Emas Malaysia )

  1. Pingback: Tips Kijang Emas : Berduit & Murah « Naim Rahim

    1. admin Post author

      Yup…membeli emas untuk jangkamasa panjang memang tepat pada bila2 masa saja. Tapi jika untuk untung jangkamasa singkat, perlu sedikit kajian

  2. hashim abd rahman

    askum..sahabat tanya sikit…sekarang saya ada Rm100k..macamana nak menjana duit tu?bulan2 potong bnk 1000..pening juga…nak beli emas takut emas jatuh harga.kena tipu…minta nasihat sikit..

    1. admin Post author

      wslm….duit tu bnyak…susah nak jana rm1000 sebulan dr emas…klu saya ada duit byk tu, saya akan simpan dn amek sebahagian buat modal niaga sendiri yg kecik2 mcm biz online atau guna utk yuran kursus ilmu2 lain yg blh buat duit

  3. hashim abd rahman

    askum sahabat…sekarang sy ada rm100k…pinjam bank..mau tanya nak jana pendapatan?perasaan takut adajuga nak beli emas ini!takut rugi..takut kena tipu…minta nasihat sikit..bulan2 kena bayar bank 1000 lebih..tq

  4. farady

    salam.. sy student degree in finance.. sy mcm berminat nk buat thesis berkenaan kijang emas ni.. tp mcm susah je nk cari info pasal kijang emas ni.. klu x keberatan, blh share info pasal ni x? – tq-

Leave a Reply