Naim Rahim

31Mar/100

Prestasi March 2010

Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan usia untuk sampai ke hujung bulan ketiga dalam tahun 2010 dan pertengahan RabiulAkhir 1431H. Apa yang patut naim buat, naim dah lakukan. Apa yang tak patut pun, naim dah lakukan juga. Secara keseluruhannya, Naim banyak tumpukan usaha-usaha dalam menambah baik isi kandungan dan penyampaian produk online sedia ada iaitu PanduanVCC.com. Hampir separuh bulan March telah naim gunakan untuk menghasilkan satu report khas dan percuma untuk pelanggan sedia ada. Kiranya dah 2 panduan percuma berjaya dihasilkan untuk tahun ini. InsyaAllah, bakl menyusul satu lagi panduan percuma.  Topiknya , belum difikirkan :)

Dalam bulan 3 ni, ada yang mengecewakan dan ada yang memotivasikan. Perkara yang paling dukacita ialah apabila salah satu akaun Adsense yang diuruskan Naim telah di'Banned" oleh Google. Hahaha...Nak buat macammana, dah nasib badan. Bulan ini adalah bulan terakhir Naim fokus untuk Google Adsense. Matlamat tahunan untuk mencapai USD$1500/sebulan masih jauh ketinggalan. Takpe le..Dah berusaha..

Walaubagaimanapun, ada hal-hal lain yang lebih mengembirakan. Antaranya "refund"  duit dari belian barang di ebay berjaya dikreditkan semula ke dalam akaun Naim. Kira-kira RM700 semuanya. Naim juga berjaya menghabiskan 2 bahan bacaan untuk bulan ini ( Rich Dad's Conspiracy of The Rich dan Hartanah Lelong ). Kira berjaya jugak le bulan ni ..hehehe  :) Apa yang penting bulan 3 lebih baik dari bulan 1 dan bulan 2.

Ringkasan March 2010

Filed under: Diari Continue reading
30Mar/100

APCO, Anwar, Najib, & 1Malaysia

Coretan kali ini berbaur bacang dengan perbincangan politik Malaysia. Walaubagaimanapun, ia dituliskan bukan dengan tujuan untuk merumitkan keadaan atau sebagainya. Sekadar kemaskini untuk diari seharian.

Hari ini, selepas balik kerja , terus naim 'surf' laman berita. MalaysiaKini adalah portal berita pertama yang akan naim buka. Selepas itu baru le naim buka harakahdaily, NST, Metro dan Utusan. Untuk the Edge Malaysia, naim akan 'surf" bila dah bosan sangat mengadap komputer ni...hehe.. "surf" dan tengok gambar saja. Bukan baca pun. :)

Apa kaitan catitan naim ni dengan APCO, Anwar, Najib & 1 Malaysia? Takda kaitan pun. Selepas naim baca berita di MalaysiaKini, terus naim masuk lawat ke blog DS Anwar Ibrahim. Ye la. Tak puas kalau setakat baca dari portal berita je. Lebih baik terus ke sumber prima isu ni iaitu di Blog DSAI le.

Sekarang ni, naim nak cari artikel-artikel dari pihak bertentangan pula. Tak best kalau baca dari satu pihak je. Nak juga tahu "counter attack" pihak kerajaan. Baru umpphh.. Buat masa sekarang, belum lagi ada artikel atau sumber primer untuk artikel kontra bagi ulasan DSAI. Yang ada cuma ulasan dari YB Khairy Jamaludin.

Ps: menunggu berita terkini tentang Model Ekonomi Baru Malaysia :)

21Mar/100

Wang : Akar Umbi Kepada Kejahatan!!!

Orang kampung naim sebut "Money Is Evil" :)

Artikel ini hasil dari bacaan naim dari buku "Rich Dad's Conspiracy of The Rich" dan ditulis berdasarkan pemahaman keseluruhan bagi pengenalan buku tersebut. Kiranya naim menulis semula apa yang naim faham dan ringkaskan dalam artikel ini supaya mudah untuk dibuat rujukan pada masa depan. Dulu, malas nak menulis :) Sekarang terpaksalah rajin-rajinkan diri. Kalau tak, susah nak melekat dalam ingatan.

Wang Punca Kejahatan

wang = punca kejahatan

punca kejahatan = syaitan

wang = syaitan

orang yang ada wang = orang itu kawan syaitan

Benarkah persamaan yang naim catitkan di atas? Kalau benar, kenapa kejahatan wujud di zaman manusia belum mengenal wang? Jika salah, kenapa masih dikatakan wang adalah punca kejahatan?

Persoalan ini memang sukar untuk dirungkaikan. Walaubagaimanapun, wang digunakan menyeluruh pada zaman sekarang. Tak kira orang tersebut ustaz ataupun penyangak, cendekiawan atau bodohsana, yang tua mahupun yang muda, yang kaya raya bahkan yang mengemis ditepi jalan raya, semuanya menggunakan wang. Kelemahan manusia untuk mengawal diri, mempersiapkan diri dengan ilmu adalah punca kenapa wang tersebut punca kepada kejahatan. Ini naim percaya. Ada sesetengah orang berfikir, dengan wang mereka mampu beli apa saja. Yang salah dan jahat disini ialah fikiran mereka. Bukan wang. Begitu juga ada yang berfikiran dengan wang ,mereka mampu membantu orang-orang yang tidak berdaya. Walauapapun, sebenarnya orang yang berharta ini lebih besar tanggungjawab berbanding dengan yang kurang berkemampuan. Persoalannya mampukah "mereka" menjalankan tanggungjawab dengan sempurna?

Perubahan Peraturan Wang

Apa itu peraturan wang ? Bagi naim, wang adalah medium pertukaran. Digunakan dalam setiap proses jual beli. Wujudnya wang mengantikan kelemahan sistem Barter. Namun, adakah wang yang kita gunakan hari ini masih wang yang betul? Wang yang boleh digunakan untuk membeli barangan tanpa ada penipuan. Hari ini, apa yang kita katakan wang digunakan secara meluas bahkan diniagakan (forex) atas tujuan keuntungan. Bagaimana wang yang kita kenal sebagai alat pertukaran kini boleh pula digunakan untuk diniagakan dengan wang yang lain. Bahkan tanpa perlu risau, bank-bank menggunakan keupayaan penciptaan kredit mencipta wang atas angin berasaskan kepercayaan masyarakat terhadapnya. Adakah wang boleh dicipta? Jika boleh, kenapa masyarakat perlu berkerja untuk mendapatkan wang? Kenapa masyarakat tidak mempunyai keupayaan mencipta kredit seperti pihak bank?

Segala-galanya menjadi teruk setelah ikatan wang - emas dileraikan pada tahun 1971 oleh Presiden Amerika ketikat itu ( Richard Nixon). Bermula dari saat tersebut, wang bukan wang sebaliknya wang adalah hutang. Wang yang wujud hari ini ialah alat hutang yang diyakini masyarakat ( pembayar hutang ). Lazimnya pembayar hutang akan membayar hutang tersebut. Tapi....Bagaimana hutang tersebut dibayar hari ini? Adakah hutang tersebut dibayar dengan hutang? Ini yang naim hairankan. Bagaimana kerajaan yang sudah hampir tiada wang boleh membuat perbelanjaan besar untuk membayar hutang? Kalau benar hutang tersebut dibayar dengan hutang, bagaimana masalah ekonomi dunia dapat diselesaikan. Bahkan hari ini, sistem kewangan begitu rumit dan setiap hari penyelesaian yang diambil semakin merumitkan keadaan.

Sebagai contoh, inflasi.

19Mar/100

Yahoo!!! Tamat Sudah Konspirasi Orang Kaya

Haaaa...sudah...Apa pula konspirasi yang naim tulis kali ini? Konspirasi orang kaya? ( conspiracy of the rich ). Sebenarnya ia ada kaitan dengan bahan bacaan naim untuk bulan ini. Alhamdulillah naim telah selesai membaca buku "Rich Dad's Conspiracy of The Rich" seminggu yang lalu. Tetapi baru hari ini naim ada kesempatan untuk membuat catitan dalam blog peribadi. Matlamat sehari untuk membaca lebih dari 15 muka surat tercapai. Akhirnya naim berjaya habiskannya tanpa menganggu kerja-kerja "buat duit online" naim...Hehehe.

muka depan COR

muka depan COR

Walaupun begitu, bukan "semangat untuk mengumpul buku" yang naim cari. Naim cuma nak galakkan diri supaya berdisiplin dalam bab bacaan. Lagipun orang-orang berjaya didunia, semuanya suka membaca. Perbezaannya ialah apa yang mereka baca dan naim baca. Kalau benar bacaan mereka mengarut, ringan, santai dan sekadar hiburan semata-mata, sudah tentu mereka bukan tokoh ternama hari ini. Namun begitu, apa yang lebih menjadikan mereka berjaya berbanding naim ialah berapa banyak buku yang telah mereka baca dan keberkesanan ilmu yang diterima dipraktiskan dalam kehidupan. Itu bezanya mereka dengan orang-orang kebiasaan seperti naim.  Betul tak? :)

Oh ya, untuk sesiapa yang belum membaca buku Robert Kiyosaki ini " Rich Dad's COR" , naim ingin kongsikan serba sedikit input yang bagus untuk dinilai dan difikirkan.

Print Your Own Money? boleh ke?

Print Your Own Money! Boleh ke?

Permulaan buku ini ditulis dengan pengenalan panjang lebar berkaitan bagaimana memahami penyampaian buku secara keseluruhan. Robert menulis tentang 2 bahagian utama yang menjadi pokok kepada isi buku. Bahagian pertama berkaitan tentang sejarah konspirasi yang sedang berlaku di seluruh dunia.  Dalam bahagian kedua, beliau menulis tentang bagaimana kita boleh bangun semula untuk menangani konspirasi tersebut atau mengelak dari terus menerus terpeangkap dalam konspirasi durjana tersebut.

4 visitors online now
0 guests, 4 bots, 0 members
Max visitors today: 5 at 12:02 am UTC
This month: 8 at 09-07-2010 01:24 pm UTC
This year: 15 at 02-09-2010 08:44 am UTC
All time: 15 at 02-09-2010 08:44 am UTC
Better Tag Cloud