BHG 1: 49 Cara Sembuh DIY Dari Demam Yang Perlu Anda Elakkan
Dec 27
Hari ini demam. Entah betul pasti atau tidak naim dapat demam. Demam atau nama saintifiknya PYREXIA ( bukan paria ) boleh terjadi kepada diri naim, diri pembaca bahkan kepada sesiapa sahaja yang suhu badannya meningkat sehingga 37°C . Bukan itu sahaja, pendemam-pendemam yang wujud di dunia pada hari ini boleh diukur kepastiannya melalui suhu dubur ( oooh…perlu ke naim gunakan termometer kaca ini dibahagian dubur ) . Rupa-rupanya setiap ukuran suhu berbeza mengikut kawasan tubuh badan yang diperiksa iaitu :
- mulut : 37.5 °C (99.5 °F)
- celah ketiak : 37.2 °C (99.0 °F)
- dubur : 37.8 °C (100.0 °F)
- telinga ( lobang telinga ) : 37.2 °C (99.0 °F)
Hurm..Sehingga hari ini naim belum lagi ketemu doktor yang periksa suhu badan melalui dubur. Minta simpang jauh. Oh ya, suhu badan normal seorang manusia ialah 36.8±0.7 °C (98.2±1.3 °F). Namun ia bukan ukuran mutlak untuk seseorang itu normal atau tidak. Seseorang yang dihidapi simptom-simptom demam akan mula mencari kaedah -kaedah DIY ( Do It Yourself) kerana mereka sudah belajar dari pengalaman-pengalaman sebelumnya. Sudah pasti naim sendiri pernah demam dan kembali normal dengan kit-kit ubatan DIY sendiri. Justeru, sempena demam yang telah kunjung tiba ini, naim cuba menyelongkar satu persatu khazanah ilmu tak terhingga dari sumber dunia tanpa sempadan ini, mencari apakah perkara yang patut mereka ( si pendemam ) elakkan dari kembali demam mahupun terus berkekalan demam.
DIY 1 : Makan Paracetamol (Panadol )
Semua orang tahu. Ini lah kit ubatan pertama yang akan menjelma di minda apabila setiap kali demam. Bukan kerana kemojaraban ubat ini , akan tetapi kerna ia selalu kedapatan di media-media elektronik yang acapkali menyiarkan kehebatannya. Lantas pasti si pendemam akan mendapatkannya. Sebut saja panadol Acti-Fast , teruna & dara mana yang tak tahu tentangnya. Memang glamour le.
Menurut apa yang ditulis di Wikipedia, panadol yang diambil tidak melebihi dos yang dibenarkan, ok ( tidak melebihi 2000mg sehari ) ataupun 300 gram setahun. Jika tidak, kebanyakan penghidap kegagalan hati berfungsi di Amerika Syarikat & UK adalah berpunca dari pengambilan paracetamol melebihi dos yang ditetapkan. Sejauhmana kebenarannya bolehlah diuji dengan diri sendiri. Justeru, jika naim atau sesiapa sahaja yang ingin sembuh dari demam dengan mengambil paracetamol (panadol ), ambil dengan mengikut dos yang ditetapkan. Itupun jika masih sayangkan hati masing-masing.
ps: Sesuaikah panadol Menstrual untuk jantina 2 alam ?
pss: nanti naim tulis lagi. Keadaan semakin meruncing dan mata pun dah semakin kuyu.

