Silver Coin : American Eagle & Buffalo Round

Semalam baru terima lagi 2 keping syiling silver dari belian online di eBay. :) Cantik syiling-syiling tu. Setakat ni cuma ada 3 jenis syiling silver ni. 3 Syiling Silver Canadian Maple Leaf, 1 Syiling Silver American Eagle dan 1 lagi Syiling Silver Buffalo Round.

syiling silver

Syiling-syiling ni semua, naim beli dari internet saja. Tapi bukan membeli dengan membuta tuli, nak beli pun kena ada jugak ilmu tentang beli belah online ( online shopping ). So far setakat ni belum lagi kena kes tipu dalam jumlah yang besar. Kena tengok jugak barang apa yang kita nak beli kat dalam internet. Kalau murah sangat bangat dari harga pasaran, hati-hati la..Kebanyakan scammer je yang offer macam tu, walhal diorang takde barang pun. Itu kena hati-hati. Dengar banyak kes tipu ni terjadi dalam www.mudah.my. So kepada yang diluar sana, nak shopping online ni pun wajib kena ada asas ilmu membeli :)

Naim beli silver ni dari Brother Chan. Memang tak kenal dan tak pernah tengok wajah. Ye le, beli online.Mana la ada nak tunjuk muka orang tu. So setakat ni baru 2 transaksi dengan beliau dan naim memang puas hati dengan ebayer ( seller ) ni. Takde kecoh-kecoh dan delivery rate +process cepat.

American Eagle Silver Coin

american eagle silver coinSyiling silver ni dikeluarkan oleh US Mint. Dengan jaminan oleh US Mint, syiling silver ini beratnya 1-oz , mengandungi 999.9% ( silver tulin ) dan diiktiraf nilai muka USD$1 ( berdasarkan nilai silver pada tahun 1878-1904 ). Syiling ni dikenali dengan syiling silver 1 dollar dan nilai sebenarnya berdasarkan harga pasaran silver sekarang+markup. Sehingga kini lebih dari 192 juta keping syiling silver ini telah diedarkan dan salah satu silver coin yang menjadi rebutan pasaran.

Imej sebelah adalah gambaran 2 keping Syiling silver American Eagle ni. Di muka sebelah hadapan ialah gambar burung helang. Itu lambang negara US. Dan ada dinyatakan 1oz Silver Tulen ( Fine Silver ) dengan nilai muka $1 dollar. Di bahagian belakang pula ialah gambar Ancient Greek Beauty.

Harga yang naim dapat sewaktu pembelian di ebay ialah RM88 sekeping. Hehehe..Kalau ikutkan harga semasa untuk syiling silver ini dari US Mint ialah USD$2.50/oz . Tapi kena beli sebanyak 500 keping le, baru boleh dapat harga tu.

Buffalo Round Silver Coin

buffalo round silver coinSyiling silver ini plak berbeza dengan American Eagle Silver Coin hanya pada design sahaja. Perbezaan yang lebih utama ialah syiling silver ini tidak dikeluarkan oleh US Mint ( Main Authority ) tetapi dikeluarkan dari pelbagai pengeluar. Dalam keluarga silver round ni, ada 2 jenis syiling silver je yang popular iaitu Buffalo/ Indian Head Silver Round dan Standing Liberty Silver Round. Kedua-dua syiling silver ni lebih diminati disebabkan rekabentuk nya yang cantik. Haissshh..pada hemat naim, xde le cantik sangat pun buffalo round ni. Cuma naim tertarik untuk beli syiling silver ni sebab harganya lebih murah berbanding syiling-syiling silver lain.

Gambar muka depan ialah gambar kepala Red Indian. Gambar di belakang pula ialah gambar kerbau jantan di sana. Boleh lihat gambaran belakang tu di dalam gambar pertama syiling silver di bahagian atas artikel ini.

Harga yang naim dapat ialah RM77 sekeping. Jadi memang murah le silver coin buffalo round ni.

Kesimpulan

Naim bukannya pandai dalam bab-bab komoditi dan investment jenis ni. Cuma terpanggil untuk mencatat apa yang naim tahu tentang perkara-perkara kecil dalam dunia pelaburan. Selain dari hartanah, duit lebihan dari simpanan boleh digunakan untuk membeli syiling silver ni. Harga silver takde le semahal harga emas. Sungguhpun silver belum ada pasaran di Malaysia, tindakan membeli silver hari ini untuk pelaburan jangkamasa 20 tahun adalah berbaloi. Mungkin pada waktu tersebut harga bagi sekeping syiling silver ialah RM 300 berbanding harga sekarang iaitu RM80. Lagipun, masih ada jalan untuk mendapat untung besar dari jual beli silver ni di pasaran luar sana. Selamat melabur.

Komen Melalui Facebook Disini

Leave a Reply