BHG 1: 49 Cara Sembuh DIY Dari Demam Yang Perlu Anda Elakkan
Hari ini demam. Entah betul pasti atau tidak naim dapat demam. Demam atau nama saintifiknya PYREXIA ( bukan paria ) boleh terjadi kepada diri naim, diri pembaca bahkan kepada sesiapa sahaja yang suhu badannya meningkat sehingga 37°C . Bukan itu sahaja, pendemam-pendemam yang wujud di dunia pada hari ini boleh diukur kepastiannya melalui suhu dubur ( oooh...perlu ke naim gunakan termometer kaca ini dibahagian dubur ) . Rupa-rupanya setiap ukuran suhu berbeza mengikut kawasan tubuh badan yang diperiksa iaitu :
- mulut : 37.5 °C (99.5 °F)
- celah ketiak : 37.2 °C (99.0 °F)
- dubur : 37.8 °C (100.0 °F)
- telinga ( lobang telinga ) : 37.2 °C (99.0 °F)
Hurm..Sehingga hari ini naim belum lagi ketemu doktor yang periksa suhu badan melalui dubur. Minta simpang jauh. Oh ya, suhu badan normal seorang manusia ialah 36.8±0.7 °C (98.2±1.3 °F). Namun ia bukan ukuran mutlak untuk seseorang itu normal atau tidak. Seseorang yang dihidapi simptom-simptom demam akan mula mencari kaedah -kaedah DIY ( Do It Yourself) kerana mereka sudah belajar dari pengalaman-pengalaman sebelumnya. Sudah pasti naim sendiri pernah demam dan kembali normal dengan kit-kit ubatan DIY sendiri. Justeru, sempena demam yang telah kunjung tiba ini, naim cuba menyelongkar satu persatu khazanah ilmu tak terhingga dari sumber dunia tanpa sempadan ini, mencari apakah perkara yang patut mereka ( si pendemam ) elakkan dari kembali demam mahupun terus berkekalan demam.
Mari Beli Domain Murah (MBDM) Siap!
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga naim siapkan satu panduan percuma untuk tahun 2009 ni. Rasanya macam dah agak terlewat. Tapi tak kisah lah, mungkin ia boleh membantu sesiapa sahaja diluar sana yang berhajat untuk memiliki domain sendiri.
Jika diizinkan tuhan, naim akan cuba siapkan siri seterusnya dalam masa seminggu dua lagi. Sebenarnya, kita kat perlu jadi seorang yang sempurna untuk buat sesuatu. Yang penting, bertindak. Sekali kita bertindak, kita akan dapat lihat hasilnya. Dari hasil tersebut lah yang akan menjadi motivasi kepada diri untuk terus menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Dari situ lah bibit-bibit kesempurnaan akan kelihatan.
KIS 2010 : Kaspersky Internet Security RM24

Hari ni selepas bergegas pulang dari kelas memandu, naim terus ke Shah Alam. Ada misi negara yang perlu diselesaikan segera
. Sebenarnya nak pergi setelkan masalah komputer pakcik yang ada problem dengan antivirus. Antivirus yang dia guna dah expired. Jadi, nak tak nak ken
a la bantu. Macam juruteknik pula sekarang ni. Alhamdulillah, tak sangka dulu memang buta IT. Sekarang dah tak malu nak godek-godek komputer ni. Sebab internet kan ada
Pertama sekali, naim "uninstall" dulu antivirus yang ada dalam komputer dia. Dia guna antivirus Norton. Mudah je nak "remove" kan antivirus ni. Gunakan kaedah yang sepatutnya iaitu dengan masuk ke bahagian Control Panel komputer tersebut. Selepas itu, pergi cari bahagian "uninstall" program dan carilah antivirus yang nak di buang tu.
Kaspersky ni pelik sikit sebab memang kena remove antivirus lama. Tak boleh guna sekali dengan antivirus lain. Itu pasal kena "uninstall" dulu mana-mana antivirus sedia ada. Kemudian baru install KIS ni.
Kaspersky Antivirus = KAV
Kaspersky Internet Security = KIS
Pada mulanya, naim fikir nak beli terus dari kedai. Ada. Tapi memang kena ke kedai komputer la untuk dapatkannya. Harga pula lebih murah dari harga di internet. Cuma, kalau pandai cari boleh dapat lagi murah di internet ni. 200 hari yang lalu, naim pernah beli dari kedai. Harga untuk 3 lesen Antivirus KIS 2009 tu ialah RM90. Kalau beli 1 lesen untuk langganan Antivirus 1 tahun, harganya ialah RM50. Itu kira murah lagi jika nak dibandingkan dengan harga online di laman web asal mereka.
Apa Azam Tahun Baru Maal Hijrah 1431 Ku?
Tahun lepas, tak pernah terlintas di hati untuk mencatat azam secara bertulis. Betul kata-kata pakar motivasi, azam sesuatu yang perlu ditulis supaya kita tak terlupa atau melencong dari destinasi yang dirancang. InsyaAllah, dalam masa tak sampai 12 hari lagi, tahun baru masehi pula yang tiba. Yang pasti azam tahun 2009 banyak yang perlu diolah semula.
Hari ni, satu azam baru mesti dilengkapkan supaya tahun 1431 kali ini akan lebih cemerlang dari sebelumnya. Tapi apa yang naim nak azamkan ?



