Naim Rahim

13Nov/097

Kisah Pajak Gadai Kijang Emas di Bank Rakyat

Dah lama terniat nak mencatit serba sedikit tentang hal gadaian kijang emas ni. Cuma sifat malas dan terkekang oleh masa yang sendiri terhadkan. Itu yang jadi lambat nak diarikan hal ini.

Sebelum ni, ana pernah gadai emas. Gadaian tu pada bulan 7 lepas di Bank Rakyat Jalan Tangsi. Artikel tentang 1st time jadi penggadai boleh dibaca dari artikel ini "Kisah Gadai Emas Di Bank Rakyat". Gadaian kali ini adalah gadaian kali kedua le. Itupun setelah ana tebus emas yang ana gadai kali pertama.pajak gadai islam

Kali ini, ana tak gadai emas bar ( gold wafer ) PG ( Public Gold ) sebab pihak Bank Rakyat tak terima buat sementara waktu sebarang emas bar untuk pajakan. Alasannya sebab pihak BNM sedang menyiasat kes pajak gadai yang melibatkan gold wafer/bar dengan beberapa skim pelaburan cepat kaya. Itu yang leceh tu. Sekarang, memang semua cawangan Bank Rakyat tidak lagi menerima gadaian emas bar. Solusi terbaik ialah terpaksa cari tempat gadai lain le .

Fakta :

Bank Rakyat untuk tempoh sementara waktu tidak menerima sebarang gadaian dalam bentuk emas bar/wafer. Hanya barang kemas sahaja.

Dari apa yang ana bualkan dengan pegawai bank tersebut, pihak bank masih boleh menerima gadaian Kijang Emas hanya jika syiling tersebut mempunyai resit pembelian dari pihak Maybank. Huhuhu..susah sungguh.

Lepas fikir dan fikir, ana ambil keputusan untuk jual emas bar PG 70 gram yang ana pegang selama 5 bulan tu dengan harga RM 8700 pada seorang kawan. ana jual pada 4/11/09. Keuntungan pula lebih kurang RM12/gram. Kalau ikut harga pasaran, memang sedang melonjak dan ana cuma ambil untung sikit saja dari transaksi tersebut. Asalkan untung saja.

   
5 visitors online now
5 guests, 0 members
Max visitors today: 5 at 08:47 am UTC
This month: 5 at 09-04-2010 08:47 am UTC
This year: 15 at 02-09-2010 08:44 am UTC
All time: 15 at 02-09-2010 08:44 am UTC
Better Tag Cloud