Lesen L Untuk B/B2
Hujung minggu yang meletihkan tapi seronok. Hehe.. Hari ni seperti yang di"rancang"kan, selesai 1 perkara penting yang sepatutnye ana setelkan 2 tahun lalu. Apa tu? Ohoho..lesen untuk motor le. Hampir selama 2 tahun menunggang tanpa lesen motor ( lesen keta polis tak kira..alahai ). So, hari ni bengkel untuk mendapat lesen L dah setel.
Ana cuma tambah kelas lesen je. Sebab sebelum ni dah ada lesen kereta dah. Dah competent ( chewwaaaahh..walhal keras jugak tangan bila pegang stereng keta ni ). Almaklum le takde keta. So, kuliah 3 jam tadi takde apa yang baru sangat. Attend kelas tu kat kampung melayu subang. Dekat pulak dengan rumah paklong lan ( rumah sewa ). Instructor datang amek jam 8.40 pagi. Nama dia Abg Din..Kira ok le abg ni. Takde le boring sangat nak menyembang tadi. Selepas kelas 3 jam tadah telinga, baru turun litar untuk test -test je le. Tak de le susah sangat cuma motor ni cerewet skit dari kereta. Kalau kereta , atas litar cuma 3 je benda kena buat. Naik bukit, masuk parking dan buat pusingan yang macam u tu. Motor ni leceh..Nak kena buat pusingan 8 le, naik jambatan le, pusing-pusing kon tu satu hal, nak brek kecemasan ( hehehe...ni memang expert sebab brek kaki motor tak berapa makan )...pastu ada le tambahan-tambahan lain yang macam dah terlupa. InsyaAllah kalau pi latih selalu, kompem tak terlupa.
Mari Belajar Mandarin : Part 1
Hehehe..ni antara azam dalam hidup. Nak belajar dan kuasai Bahasa Mandarin ( walhal BI pun tak cekap lansung..hoho ). Seronok tonton drama, movie-movie dari negara China ni. Hong Kong pun termasuk jugak le.
Jadi malam ni bermula le satu lagi episod baru dalam hidup ni. Puas jugak mencari info-info tentang mandarin ni. Kalau dalam bahasa melayu, confirm susah nak jumpa. Kalau ada pun , tak sampai maksudnye. Versi indonesia banyak. Waduh-waduh...Itu le, kata nak jadi Negara Maju. Tahap celik IT kat dalam negara ni jauh ketinggalan berbanding negara-negara mundur lain.Oppsss...celoteh plak kat sini.
Untuk permulaan ni, insyaAllah ana ingat nak belajar sendiri dulu. Belajar yang basic je. At least, ada sedikit pemahaman tentang bahasa Mandarin ni. Salah satu bahasa yang digunakan oleh 1/5 penduduk dunia. Wowooo...Hebat tu..Nak belajar melalui kelas, kena tebal skit poket. Tapi poket buat masa ni tak mengizinkan. Tak sempat nak agih...hehe
Pelajaran permulaan hari ni berkaitan dengan karakter tulisan China. Rupa-rupanya :
- Tulisan cina banyak bersandarkan dari bentuk alam persekitaran.
- Tulisan sekarang (modern ) ada perbezaan dengan tulisan lama ( traditional )
- Ada lebih dari 50 000 karakter tulisan cina ni..wooooo..Orang kebiasaannya hanya menggunakan tak sampai 100 karakter sahaja sehari. Dan untuk graduasi ,hanya tak lebih dari 2000 karakter je..
- Cara pembelajaran PinYin tu adalah cara yang digunakan supaya foreigner dapat belajar bahasa cina ni. Sebabnya bahasa cina bukan berdasarkan konsonent dan vokal. Aiseh susah nak terang. Contoh macam perkataan untuk "person"..."P+E+R+S+O+N" .ada 5 patah kata dan perkataan tersebut mewakili bunyi bagi person. Dalam bahasa cina, ia hanya gunakan simbol untuk perkataan person tu. Tak caye....
InsyaAllah, banyak lagi nak kena belajar ni.. Ini le kelebihan internet. Mudah untuk mendapatkan ilmu baru..hehe


