Kijang Emas & Jual Beli Emas PublicGold

Macam yang di “plan” semalam, Alhamdulillah berjaya juga ana menjual sebahagian emas dalam simpanan sendiri. Pembeli ialah seorang cikgu dari Pontian, Johor. Ana jual emas ketul ( Gold Bar ) Public Gold 20 gram dan 3 keping 1 dinar emas pada harga keseluruhan RM3956 sahaja. Transaksi berjaya walaupun ada la skit-skit masalah teknikal tadi..Hehe…

Cuma yang lebih best lagi, ana dapat sms dari en Ajun. Dia nak jual kijang emas 1 Oz. Tempoh hari dah buat deal dengan dia, harga pun baik jugak le. RM3610 sahaja. Kebetulan tadi, kawan en Ajun ni ,En halim yang datang untuk delivery. So memudahkan kerja ana la. Sebelum solat jumaat, risau gak sebab 2 transaksi ni akan berjalan serentak. Ana akan jual emas ana tu dulu pada Cikgu Azrul, kemudian duit tadi akan ana gunakan untuk belian Kijang emas 1OZ. Hampir 30-45 minit jugak le masa transaksi tu. Ye le…Sorang dari Pontian, sorang dari Damansara, ni sorang ni takde duit kat tangan. Itu yang berserabut sikit.hehehe…

Kesimpulannya, syukur sebab selain dapat untung ringgit2, dapat tambah kenalan. Cikgu Azrul ni orangnya penuh semangat. Cara cakap tu memang “excited” dengan jual beli emas. Memang chance untuk dia terus maju dengan Gold ni lebih cerah. Dulu ana jumpa Pokli macam tu gak.. Gaya cakap diorang ni memang jenis orang yang bersemangat. Penuh motivasi diri. En Halim yang saya jumpa plak, dia ni low profile. Tak sangka dia ni orang lama dalam jual beli barang kemas. Hehehe…Ada ilmu baru tau ana dapat kali ni. En Halim cakap, selain dari beli emas dalam bentuk barang kemas, boleh je barang kemas tu dileburkan semula untuk membentuk jadi jongkong. Tanpa kos…jarang-jarang le kena caj. Alaaaa..barang kemas ni lebih mudah dapat murah kalau dapat beli dengan harga lelong kat Bank. Nampak tak?

Dari transaksi ni, ana dah untung pun sebenarnya. Jual emas 999 dan 916 yang bersaiz 32.75gram, dan beli semula emas 999 bersaiz 31.105gram. Untung yang dapat ialah dalam bentuk emas yang lebih berkualiti, berkredibiliti dan sedikit tunai …Hehehe…Kalau kira dalam percent, ana dapat ROI 3 bulan pada kadar 8%…Kalah ASB tu…hehehe.Saper kata beli emas rugi ?

Beli emas hanya jika untuk simpanan. Jual emas hanya untuk keuntungan. Melabur emas hanya jika sudah tahu cara nak menyimpan dan membuat keuntungan. Beza tu..

ps: Jumpa nafi, milin ngan zul waktu solat jumaat. Nafi dah nak kahwin bulan 11 ni. Tahniah nafi!!!

Komen Melalui Facebook Disini

2 thoughts on “Kijang Emas & Jual Beli Emas PublicGold

  1. Pingback: Jual Beli Kijang Emas Yang Menguntungkan - Naim Rahim

Leave a Reply